rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 2, 2012

Big Blue Packaging!

Happy Friday everyone!i'm soo happy today.
why?

hihiiihihihihihih..

i've received a big blue packaging from littledivaboutique! 


Semua tertanya-tanya kat sekolah apekebenda nih?

Its my set tilam kekabu!

Comel tak?cakap lah comellllll..hehehe
tak sabar nak letak baby kat tilam baby ni!loveliness:-)

p/s: almost 90% barang sudah ada.Tinggal breastpump je lagi

Wednesday, February 29, 2012

Set bersalin

Yeay.Sudah sampai parcel set bersalin ku!bank in mlm isnin hari selasa dah dapat. Beli dari bidanbersalin a.k.a kak engku.Akak ni baik sangat n mesra sungguh.every pertanyaan dia akan jawab dgn baik sekali.Paling best dia boleh bagi harga diskaun n free postage kat i.hihi.kat blog dia pon banyak info pasal baby n keperluan berpantang ni.jadi boleh la jenguk2 untuk pengetahuan.



I beli krim barut,minyak herbanika dan uncang herbanika dari Nona Roguy. Kak engku  bagi harga ahli kat i jadi murah la sket kan.kalo nak complete set boleh dapat dgn harga RM290.Oh.At the same time i malas nak kuar cari bengkung dah so beli je dari kak engku ni. Murah pulak tu . Bengkung bodycare tu RM35 je. Semalam mintak hubby tolong pakai bengkung.haha.ok je tengok.senang gak nak pakai.


Oh.i beli jugak minyak telon Amway. Orang kata wangi la minyak dia.Since i tengok ramai kata minyak yu yee cap limau tu mengandungi bahan yang x halal jadi i pon was2. Tu yang beli minyak amway tu walaupon harganya i rasa agak mahai ohh.tapi mmg sedap bau dia.rasa nak pakai je:)


Nape i beli loose set bersalin?Sebab i dah ada complete set salindah yang boleh makan sampai lepas bersalin.I beli set salindah tu pon sebab cikgu cikgi kata bagus makan tu.(yang bagus semua aku nak).jadi jamu2 tu i tak yah beli dah. Cuma i nak Nona Roguy coz mmg diakui NR ni mmg bagus sejak dulu lagi.i suka bau NR. Mak i pon dulu guna NR ni jadi yakin la sket walaupon harganya meruntun jiwa.tapi pikirkan kesannya:-)

nak tau lebih lanjut pasal barang NR or set bersalin yang lain boleh tengok link kak engku juga.(promote habis-habisan .hihi)-->go to bidanbersalin


Saturday, February 25, 2012

32 weeks @ 8 months update

Hello all. Look at my pregnant tummy.dah 32 weeks.Selalu berkira2 bila nak 8 bulan ni.tengok2 minggu ni dah 8 bulan pon.esok nak masuk 33 minggu.biasa la i update lambat cket.,huhuhu.

ini one of my baju maternity. kain cotton.Tempah khas la baju maternity sebab i kan cikgu jadi baju kena bertukar2.huhu.nnti boring.lagi satu sekolah i tu cikgu dia suka fesyen2.yang mengandung pon nak fesyen2 jugak.hihi. lagi satu perut kan makin besar.jadi x sessuaiiis la pakai baju ketat2. Baju kurung i bnyk baju kurung moden.jadi kena la buat special cket,i'll review later my maternity wear collection.(wahh..collection keee...padahal baru 4 je buat).nnti nak pregnant lagi simpan la baju2 ni boleh pakai lagi,.

Look at my perut.  .tee heee..all my colleagues ckp  perut kecik la...steady aa boleh jalan2 naik turun tangga..berdiri  bla2..tapi they all x tau i kalo balik umah confirm nak rehatt jeee..keje pon malas2 je buat.


Apa i rasa & perubahan i bila dah masuk 8 bulan ni?

  • Semakin hari rasa semakin panas!skang tido pakai kain batik je la. Kalo dulu i takde kipas pon rileks je.siap tido ngan selimut la.tapi skang takde nyee.
  • Malam2 mesti bangun gi toilet.kadang2 smpai 3 kali. rasa baby dah turun n menekan pundi kencing jadi kita akn rasa nk kenc..je
  • Kadang2 rasa letih sangat sebab jalan2 banyak kat sekolah.nak wat camne keje dh begitu,(tapi org kata kalo bnyk jalan n senang beranak..aminn)
  • Selalu risau takut nak terberanak.huhu.sebab perut kadang2 asyik mengeras especially bila bangun tido.kalo rasa macam kuar something/discharge trus gi toillet,(tapi takda pape pon sebenarnya..perasaan je lebih)
  • Kaki bengkak sikit tapi masih under control.hihi. nurse tulis slight edema (swelling).Kena tido kaki letak tinggi sket mcm letak kat bantal. (dah buat tapi still jadi lagi..)
  • Kedudukan baby cephalic..which means normal.yeaay..good boy!
Itu la antaranya...

Sepanjang pregnancy alhamdullillah tak banyak alahan n baby ok.awal2 alahan tu biasa la.,Ada sekali  penah risau jantung baby berdegup laju sangat..(170 last check kat klinik desa)..siap nurse suh rest dulu 15 minutes, then check balik.kalo masih tinggi jugak kena gi spital,.huu..i pon rest la kat klinik tu..baru ok baby's heart beat.rupanya sebab dia tengah aktif time gi check up haritu. oo..baru la i tau. 

Kalo kite gi klinik govt ni mmg details sangat la takleh tu takleh ni kan..Nasib baik result MGTT i ok..cuma prob i haritu berat badan x berapa nak naik dah. nurse ni kata kalo static je berat x leh gak.,kena la gi check lagi..boring tul..dah setiap minggu gi klinik nak kena check berat. Akhirnya, setelah i makan banyak2 , hari isnin haritu berat i naik gak ler 500g.hihih..

Okla ..thats all for tonite. Mesti ramai gi motherhood expo kat klcc tu kan.i x leh gi coz my mom dah tak bagi i gi travel jauh2 since dah masuk 8 bulan. (sedihh tak dapat gi yg kat midvalley jugak bln 3)..my mom dulu penah deliver adik bongsu i masa 8 bulan.jadi kena extra hati2..hmm..

Friday, February 17, 2012

His birthday

I'm 31 weeks ++..means i'm already 7 months ++.Counting the days until April.Orang kata ada yang boleh beranak masa ni. Hopefully baby keluar masa yang ditentukan,Jangan awal2 sangat ye,huhu. Tapi hubby x sabar nak tengok baby..aiyaaak..

Today i just want to share my hubby's birthday which was on 9th February..tahun ni dia dah mencapai umur 30!tak muda remaja dah ye.jadi lebih dewasa n matang.hihi.mesti dia marah kalo reveal umur dia ni.tapi muka dia x macam 30 ponn..still oarng kata mcm budak2.hihi.I belanja him makan kenny rogers.Nak belanja makan TGIF or Chilis kena tunggu next year.bagi baby otw keluar dulu ye..

 mcm hippo.huu..i'm getting bigger.tapi normal la kan.hihi

 Happy birthdayyy sayangg!sian muka seposen sebab dah tua,hihihi..

licin ooo!!After this i'll try to find a recipe ala2 cake mcm kat kenny rogers..sedap giler..warm chocolate cake.yummeihh

Ok.tu je entry hari ni.esok kena gi sekolah.2 minggu dah kerja 6 hari..P.E.N.A.T (-_-)

Sunday, February 12, 2012

Kenduri 7 bulan

Holaa..
Hari ni hari Ahad. Jadi boleh la nak update blog.huhu.I'm very the bz laa this week until March.Tertekan betul ngan keje berlambak2 x abis2.Ingat keje cikgu senang ke?huiii...sabooorr je laa..ana fenin2.x sabar nak duduk rumah.huhu..Ok.Today, i review kenduri doa selamat a.k.a kenduri 7 bulan .Memandangkan sudah masuk 7 bulan kan,jadi my parents in law buat la kenduri doa selamat.semoga dipermudahkan bersalin n selamat semuanya.Amin..

 Ni selepas majlis.acara makan2.

 MIL masak nasi beriani yang super duper sedap sampai i makan 3 pinggan u oollss!!hahaha.tapi berat badan i naik 500g aje bile gi check kat klinik desa aritu?aik..igtkan naik berkilo2 lepas balik taiping.hihi

 3 preggers from left: fana (sil), me n azreen (cousin hubby)

Hubbby n me..baju tema sama ngan warna langsir.hihi

Btw, rasa mcm x percaya dah 7 bulan nih.Lagi 2 bulan tau nak sambut baby.hopefuly semuanya selamat. My parents kat kelate pon ada gak wat sembahyang hajat.terima kasih sangat2 to both families.terharuu..

Saturday, January 28, 2012

Breastpump mana jadi pilihan?

Dah 28 minggu ni.tapi breastpump x beli2 lagi.I want a breastpump!!huuu.Firstly i wanted to wait for the expo la mana tau dpt pakej murah2 kan.tapi bila tengok perut dah besar2 ni cuak la jugak kan takut tak terdaya nak gi beli belah.


I dah buat review and kaji apa yang sesuai untuk ibu2 bekerja.. macam2 pilihan tapi yang top 3 dalam pilihan ialah:

1) Medela freestyle
2) Ameda Lactaline Dual breastpump
3) Medela Swing

Nape i pilih 3 di atas?boleh tengok juga entry adik iparku, fana. Dia pon sama la tengah cari breastpump yang the best and sesuai dengan bajet. Mari tengok apa yang sepatutnya every m2b should take note when you are searching for a better breast pump:-

1)Bajet
-Of course bajet jadi keutamaan. Bagi orang yang ada lebih rezeki jadi tak ada masalah tentang hal ini. Bagi aku, pada tahun ini nak sambut baby n kena bayar rumah yang bakal siap thn dpn.Banyak kekangan juga tapi aku percaya pada rezeki anak. 
-Ada sesetengah blog i baca just guna tangan saja utk expressed susu.Kalo breastpump tu sebagai alat pembantu sahaja. Ada lagi satu ramai jugak suka pakai manual breastpump. Ianya lebih murah berganda-ganda tapi kena lama sikit la kalo nak pump susu kan. Untuk orang yang nak sentiasa cepat macam i x boleh la..huhu
-Doublepump electric  ada pelbagai jenis. Kalo yang paling popular and boleh buat macam2 keje smbil pump sudah tentu medela freestyle. tapi harganya buat i senyum kelat. tgk nanti walaupon ianya mmg idaman. Yang kedua popular ialah spectra 3.Ramai orang suka pakai ini sebab dia murah.Rata-rata i blogwalking tengok mmg ramai yang pakai.Pump boleh dapat dalam RM400-600 tengok pakej. Kalo Ameda Lactaline dalam RM700-900.  Yang ni x semua tahu brand ni tapi dia popular kat overseas. Suction x sakit and kelebihannya susu tak akan flow masuk ke tiub seperti jenama lain. kira very hygiene la. 

-Kena sentiasa ingat pam mahal x semestinya menyebabkan susu keluar banyak,ia cuma memudahkan sahaja.Paling penting jangan tension or stress barulah kita akan selesa untuk mengepam.

2) Ilmu

- Perlu ada ilmu tentang penyusuan. Macam i banyak baca kat blog orang. x sempat pergi kursus lagi sbb selalu kursus kat penang asyik clash dengan time i takda.Kena banyak tanya dengan orang la gini especially otai2.
-Makan dan minum kena berkualiti. Susu berkualiti menyebabkan anak akan dapat cukup khasiat:)

Boleh google makanan2 yang boleh menambah susu badan. I tengok my friend makan fenugreek.

3) Situasi kerja
-Kalo kerja banyak dan nak cepat, baiklah beli doublepump. Orang kata doublepump lebih stimulate pengeluaran susu dan boleh kosongkan breast dalam satu masa sambil buat kerja.Jadi i rasa penting beli yang double punya.
- Wanita yang selalu on the go, kerja banyak travel n pergi ke sana ke mari, pilihan yang baik adalah jenis portable dan ringan. Mudah untuk dibawa. Mcm i keje cikgu, x bnyk travel tapi kalo cuti bnyk gak travel..hihih. kalo blk umah kena buat kerja juga walaupon kerja setengah hari.
-If tempat kerja yang takde port elektrik, disarankan beli pam manual or beli yang boleh pakai jugak bateri macam medela swing/ameda. Kena beli la bateri spare untuk itu.

4) Suka jenis pam manual atau pam elektrik
- Ada orang cakap pam manual bleh sebabkan nipple sakit. Tapi ada juga kata tak sakit.malah lebih banyak susu keluar berbanding pakai elektrik...
-Ada orang suka pakai elektrik sebab senang, jimat masa dan tak lenguh tangan nak pump. (ini kategori i yang mmg suka kerja senang)

5) Boleh guna sampai bila?
-Kalo rasa nak ada baby lagi lepas ni mmg worth beli yang betul2 puas hati. Kalo anak yang dah ketiga, keempat gitu rasa2 macam better beli yang x mahal sgt.huhu



Ok.Jadi apa pilihan breastpump yang terbaik?

Terpulang kepada kita, pilih mana yang kita suka dan mampu..:)

Pilihan breastpump idamanku:






source: google

p/s: Sape penah pakai ameda lactaline ni?banyak review cambest je.huhu. Or should i wait for the expo to buy the breastpump?I've seen many m2b went there and got so many gifts after bought the breastpump package.aduhh

Thursday, January 26, 2012

Dah gi mumdreams KB

Yesterday, i went to Kota Bharu. Konon nak terjah mumdreams kat Wakaf Che Yeh.bila dah sampai ingatkan kedai nya besar.Rupanya kecik ajo.even lagi kecik dari fabulous mom kat Ulu Kelang.huhu. My verdict?x  banyak brg ada tapi maternity wear banyak jugak.Time pergi semalam pun takdak sale laaaa....jadi beli x bnyk pon.I just bought maternity pants in cream colour (RM69.90), maternity black skirt (harga RM42.90..utk dipakai ke sekolah), a pair of socks (utk berpantang.ada dah 1 lagi kat umah.kena beli lagi next round) dan leggings for baby.tu pon beli 1 je.sbb xdak sale x leh beli bnyk.rasa nak tunggu expo bulan 3 tu tapi larat kee akuuuu time tu dah 8 bulan kot oi???heeee ,..tengok tungku besi dia pon dalam RM45. Ingatkan tungku tu besar gedabak.rupanya kecik je la.beratnya dlm 2kg.jadi x mo beli la tungku kat situ.

Hasil belian di mumdreams

So lepas shopping kat mumdreams i went to Pasar Siti Khadijah to search for the tungku..sambil2 beli anak tudung tanya kat makcik yg jual tu ada tak nampak orang jual tungku besi utk berpantang?Dia pon bagitau mmg ada..kat tempat orang jual besi/parang/pisau n seangkatan dengannya..jadi kami pon pegi la cari..n jumpaa la tungku besi sama macam yg kat mumdreams tu.makcik tu ada jual jugak batu sungai kalo korang nak tau. I pon tanya la berapa harga batu sungai besar tapak tangan tu makcik jual?..(dalam kepala dah set ingat makcik tu ckp rm5)..tapi dia kata bukan 5 hengget tau..tapi 15 hengget!!mahaiii beno! ohh..baik suh hubby aku gi cari batu kat sungai. Then tanya harga tungku besi tu pulak.dia bagi kat i harga RM35. tapi i mintak kurang la lagi makcik.huhuuh.last2 dia bagi RM33..Ok lah tuuu dari beli batu sungai 15 hengget (sbb boleh dpt free ja) or beli tungku besi kat mumdreams yg harganya lagi mahai.So,dah rembat la tungku besi tu.


Ini lah rupanya tungku besi utk orang berpantang. Hubby kata pah punya lagi besar..tapi dah x ingat sapa amik.takpa,ni beli utk persediaan la kan. nnti nak balut ngan kain batik ajo la lepas panaskan..Oklah,tu citer hari ni.nnti cite lain pulak.hihi

Tuesday, January 24, 2012

Fist batch basuh baju baby

First time basuh baju baby.ni  baru batch pertama.siap beli hanger khas just for my baby from daiso.huhu.colourful hanger.tengok i just basuh dulu baju kecik2 mcm rompers.kalo yg lain2 tunggu batch kedua la.

 basuh ngan nappikleen.special punya detergent untuk basuh baju baby tauu,sukaa tengokk baju baby sendiri kan..mcm baby dah ada je


akibat banyak keje and terlalu penat pikir keje.hubby tolong lipatkan baju baby.wahhhh...sungguh kagum..i pon x sekemas n secermat ini.thankss  syggg!!!nanti lipat baju baby lagi ye:))

Monday, January 23, 2012

Nak beli set bersalin

holaaa...

Now i'm on holiday..CNY cuti seminggu taauuu..best gile.hihi.sbb boleh tenang diri n layan tenet cari barang.yezzzaa.cuti x boleh dipersiakan.nnti balik takdak masa nak pikir.pikir hal sekolah je.oh.now i'm in kelantan..my parent's house.baru smpai smalam.nanti minggu ni boleh la wat kenduri 7 bulan.adat orang kelantan kalo dah 7 bln biasanya buat kenduri doa selamat atau sembahyang hajat,kalo dulu2 buat lenggang perut. patutnya kenduri ni keluarga belah hubby kena buat.tapi my parents pon nak buat juge.sbb nak berkat .macam cepatnya masa berlalu,ni dah genap 7 bulan kan.baby pon makin aktif la.huhu

So, for tonight update.I'm looking for a confinement set. but bukan yang jamu2 tu. Untuk makan2 supplement lepas bersalin tu i dah beli set salindah yang complete.skang ni duk makan salindah la smpai la hari bersalin nnti.huhuu.jadi x perlu dah jamu2.Dalam kepala ni nak beli yang mcm ada bengkung, minyak panas, pilis, tungku n also mandian herba.Nanti berhajat nak gi mum's dream gak kat KB.jadi boleh la usha2 barang keperluan kan.nak beli bengkung jugak.mana satu ye yang paling ok?my mom dulu pakai nona roguy.i penah pakai minyak dia gak.best..tapi bengkung tak tau nak beli brand apa.huhu.orang kata leesa formula bagus jugak bengkungnya.any ideas?


sumber2: mumdreams
minyak berubat ni ramai cakap best pakai.dulu packaging dia warna purple kan.
boleh dapat info dari mysetbersalin

kalo tungku my father said nak cari kat sungai.,yang my mom punya dah kena tinggal kat kl n trg dulu2.skang dh tutup kilang mana nak ado dohh.tapi dia ckp batu sungai tu kena cari kat ulu2 sungai la pulak.skang ni time hujan lagi sian pulak dah nak suh dia cari.so alternatif nak beli tungku besi n tungku moden gak ler.ok ker tungku besi tu?tengoklah nnti.ntah2 borong semua kat mumdreams nnti.huhu.

Tuesday, January 17, 2012

Pictures of Us

adoiii....angin malasss datangggg!

Boleh tak malas wat keje?ni nak menaip minit pon takde mood.huuu..help me..i want rest.kat sekolah asyik exercise turun naik tangga.penatt!!.nasib baik cuti raya cina banyak.can't wait!So untuk malam ini.i just want to relax sambil update blog sikit.ini pon entry patutnya kena letak masa i 24 weeks ++.Here i update some pictures during my 24 weeks++ pregnant. Actually i wanted to have a proper picture with props tapi x ingat beli.pulak tu SIL pon time cuti pjg sket boleh la jumpa. ingat nak hire professional photographer gak tapi apa kan daya bajet ku ketika ini tidak mengizinkan.huuu.takpa.asal ada gambar pregnant.ye tak?paling best sebab ada sister in law pon pregnant.jadi cepat la baby i dapat cousin!


 hubby x pandai posing.hihihii

 love our baby

 perut sapa lagi besar? masa ni perut hubby dah kempis sket.huhu

 my SIL fana pon pregnant.dia lewat sebulan dari i.tengok perut dia.mcm lebih kurang i je.hihihi


my hubby tengah dengar baby

 hehe.main tangkap gambar suka2.tunggu perut lagi besar la pulak.we'll see whether i'll become bigger or not after this.

Monday, January 16, 2012

my update for 27 weeks pregnant

I'm now 27 weeks pregnant.Another 1 week to go through to be 7 months pregnant.heee...cepatnya masa berlalu.esok plak nak keje.kena bertugas pulak tu untuk the whole week.hoh..penattt..lagi2 bnyk keje.x sabar cuti CNY!hihi.mari tgk apa per'Kembangan' i  minggu ini.

moknyeeee muke.tapi perut orang ckp still kecik lagi!adoiiii..meh i makan banyak2. ni dinner semalam kat black canyon jusco.roasted chicken n rice..nyummehh

hubby yang sokmo nak makan sweet sour chicken kat black canyon ni.katanya TERBAIK!

Sebenarnya nak update gak cket pasal barang yang telah diborong.entry ni patut dibuat lama dah masa last shopping year end sale haritu.tapi cam biasa la i ni bnyk tangguh2 coz u know keje cikgu bnyk weh kalo awal tahun..siyes nak duk umah je..hmm.xpelah.meh cite brg baby.sejuk sket hati.oh..meh tgk hasil boronganku...huhuhu

ni borong kat mothercare png.masa dia promo boleh la beli lebih.i bought sleepsuits again!(mcm pakai aircond je), closer to nature tommy tippee bottles, m2b panties (hikhik) n comb for baby(gatai tgn beli)..panties utk m2b tu saja beli.cam kelaka plk beli.tapi siyes best.berbaloi lah ngan harganya.boleh cover smpai perut gitu.tu je 1st time beli panties besar2.hahahah..

ni plk beli kat moms care.sbb bajet jadi beli bumper n bantal je dulu. cadar kemudian..masa ni dpt less 20%.
ni semua brg beli dari jusco.sbb sale jd kena beli laaa
ni hubby suh beli.aku x reti nak pakaikan.nnti suh dia la pasang kat baby.hihi


sorry gmbar ni n bwh blur.coz hp nye lense td ada something..beli lagi baju baby..hubby kata cukup2 lah beli.huuu/cannot resist sbb murah la brand tolly joy..anakku n baby kiko pon i beli..i plg suka baby kiko tu.jd beli jugak walaupon mahal sket.

baru beli towel!beli gak travel pack  Johnson & Johnson ..kalo baby x mau nnti mama boleh pakai sbb i suka bau   Johnson & Johnson ;p

okla.cukup utk mlm ini.need to continue my work yg tertangguh.oh.i dah decide nak beli tilam kekabu.nnti bila dh siap akan diupdate dlm blog nnti.x sabarnyaaa.(^ ^)


Monday, January 9, 2012

Fabric for set tilam baby

lack of update.dah seminggu ni mmg mcm nak pecah kepala banyak keje la.,ni pon curi2 masa.jadi buat secara express.ada banyak lagi nak cerita tapi x sempat la sbb keje sekolah bnyk..BORINGG.,tapi kena la buat demi kerja n sesuap nasi..cewahhh,nasib baik baby behave dlm perut masa i ngajar kat sekolah..ok.i blom beli lagi banyak benda,mcm dah beli mcm2 kan tapi still ada lagi rasa kekurangan..breastpump still in process thinking2..heee...n now i nak beli set tilam kekabu.mula2 nak beli kain comel2.gi tgk kat kamdar n nagoya takde yg berkenan,.jadi gi survey tenet.rasa dah jatuh hati bnyk fabric utk set tilam tapi mahai pulak dah.sebab kain comel sgtttttt x tahan rasa nak beli semua,.ni jumpa blog n fb yang boleh jahit set tilam yg sgt cuteeee!

taken pic from littledivaboutique


fb junita khalid jugak...sgt suka owl niii tapi sesuai ke ngan baby boy?ohhh myy.,,comell




dari FB needlescrafts

boleh tak nak kata sangat jeles ngan diorang sebab sangat pandai menjahit n very the creative person..huuu.,i sudah pening.rasa nak beli semua yg cute2. I suka jahitan Junita Khalid tu n fabric dia banyak i berkenan especially yang animals.nak letak semua kat sini berjela la pulak post.hihi

Wednesday, December 28, 2011

Petua minyak kelapa untuk memudahkan bersalin

Minggu ni sudah 6 bulan baby ada dalam perut.hihi.cepatnyaaa..lagi 3 bulan dah nak harungi.I'm super excited plus takut jugak la weh.mana ada pengalaman lagi ni.tengok orang beranak pon x sanggup tengok lagi.huuu..Jadi i try cari info dengan banyak baca petua tradisional n tips2 orang untuk memudahkan bersalin kat tenet. Jumpa tips guna minyak kelapa. Macam ok je minyak kelapa tu since ia mmg diakui berkhasiat. Caranya ialah dengan minum minyak kelapa buatan sendiri 1 sudu teh 3 kali seminggu start kandungan 6 bulan lagi.bila dah masuk 9 bulan, minumlah setiap hari.

How to make home-made coconut oil? I malas nak beli jadi buat sendiri. Google kat youtube jumpa la video yang senang nak buat. Tapi i try buat sikit je dulu.tengok jadi ke tak.baru wat semalam. Sebenarnya nak update pasal barang2 yang beli last weekend.tapi malas lagi.hihi.baik cite pasal ni dulu.esok2 i update barang yg i borong.hihi.Ok.sambung cite buat minyak kelapa nii..Kalo kat youtube tu dia tunjuk step by step start dari camna dia dapatkan santan.tapi i senang je guna santan yang lebih yang kat umah n cuba buat..jadiiiii jugakk.ce tengok video ni.



So start semalam dah berjaya buat.i dah minum 1 sudu.ingatkan boleh minum bila2 masa.tapi tengok2 kena minum awal2 pagi.hihihi.takpa.esok pagi minum lah before gi kerja. Hopefully petua ini berhasil bila tiba waktunya. Harap Allah makbulkan doaku. Oklah.Selamat mencuba:-)


Saturday, December 24, 2011

Barut untuk baby

Barut sudah sampai!cepat gile ok!order hari khamis dpt hari jumaat tengahari. efficient sungguh kak mazlin owner mybabycomel.hihi.actually dh lama survey tgk barut2 tp baru minggu ni nak beli. pasni nak beli bengkung utk i pulak la.huhu.set tilam kekabu nak gak beli.oh macam2.senang click2 je..hari ni order esok sampai.goyang kaki.huhu. semakin menjadi2 demam beli online.



thanks poslaju gak.mmg cepat!


ni la rupenya barut yg i order.beli 3 jenis.
1 set kain cotton bertali (putih) saiz S
2 set kain flannel bercorak saiz M
1 set kain flannel zap on plain color saiz L


Beli semua saiz sebab malas nak beli dah.ikut panduan yg kak mazlin bagi dlm website dia.panduan ibu muda.hihi.ada gak email dia tanya macam2 tp dia jwb semua,bagus2.i loike.Can u see i bought many pattern yg ada stars?sebab suka design tu.jd order semua warna yg sangkut paut ngan stars.haha