rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

Eczema

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita sikit pasal penyakit eczema ni.Dah kena eczema rasa nak share la experience macam mana boleh kena n sebagainya. Lagipon i ni mmg kulit sensitif tp x la sensitif sgt.tah la tua2 jadi makin teruk plk ye.Biasanya eczema inherited.tapi ada jugak tak.selalunya kena kat baby n akan hilang bila dah besar tapi ada jugak org tua kena.cth: i la.dh tua pon kena. (sebab genetik). mmg x leh lari dari masalah kulit ni.dulu allergic besi.mcm nikel tu.kerongsang x leh pakai lama2.teruk gak keadaan masa tu tangan sampai ada lagi bekas tau.

Kali ni dugaan masa baru2 ni yg terkena eczema plak bila tangan asyik menggaru je tp bukan semua jari pon affected.jari kelengkeng ja.i igt lagi bulan 8 masa tu, lepas basuh2 pinggan , bersihkan sinki pastu rasa jari tu merenyammm sgt nk garu,.paham tak.x bleh control.adoi..pastu bermulalah penderitaanku nak hadapi eczema ni,sampai takut nk pegang rizqi.padahal x akan bg efek kat org lain sbb ni bukan berjangkit pon.paling sedih sekali rasa very ugly deep inside my heart.malu nak pegang tangan.(tu masa kena teruk la),.sampai nangis menahan garu tapi tergaru jugak.its like compulsary urge to scratch but you know what will happen next.kulit akan lagi teruk,hmm..cuba cream yg natural based macam moogoo, pot of gold pon x jalan.last2 tak tahan gi amik ubat kat pakar kulit.yes.memang hilang sekejap je dlm masa seminggu boleh hilang.But the danger is hunting me until now.hmm.hilang kejap tapi affected belah sebelah pulak dah.lepas tu stop terus krim tu dan google terus natural healing for eczema.mmg ada!eczema ni bukan boleh terus sembuh macam tu je.tak ada ubat pon sebenarnya tapi boleh control.tp baru2 ni ada jumpa website yang kata boleh heal.cuma mmg amik masa lama  tambahan pulak sapa2 yang dh amik krim doktor tu nak kena melalui fasa TSW (topical steroid withdrawal).tul ke ejaan.mcm tu la.i mmg hari2 duk detox badan je ni.nak buang steroid tu.nk bagi badan buang toksin2.ok.meh tengok contoh tangan i yg kena melalui fasa TSW tu.

Phase 1.healing process

tapi x semudah itu kawan2.nak hilangkan semuanya belum 100% berjaya. gambar tu ambik masa cuti kat kelantan.Air bersih, makan fresh food, no meat,less using soap, drink raw juices, apply homemade cream n etc. I became crazy of anything organic/natural stuffs.pakai barang cosway tu nak jimat.tau la kan barang organic/natural kan mahal.paling penting mesti tahu apa punca kena eczema tu. detect sebab makan ayam/kulit ayam dan guna sabun basuh pinggan x pakai gloves.sedih nak kena disiplin diri makan.memang suka makan ayam.(sebab tu plg senang masak). balik dari kelantan jadi flares lagi kat tangan sebab air kat umah ni x bersih sgt (umah lama), dan kena basuh2 tu x leh elak.pakai gloves pon jadi,x leh terlalu lama kering tangan.hmm,takpelah.ada hikmah disebalik semua ni. Now, my target is on healthy diet for another 2 months and stop eating chicken/meat (the hardest part).tapi x boleh nak elak sangat makan dairy.huuu.dahla suka cheesecake.mungkinkan Allah nak bagi petunjukNya?Hari2 berdoa Ya Allah sembuhkan penyakitku. Mungkin Allah nak bagi hadiah yang tak disangka2?Anak perempuan pula selepas ini?hapuskan dosa2 ku yang lalu?siapa tahu?Therefore i need to be very very strong to handle this.Sabar separuh daripada iman.

p/s: i joined several groups in fb to gain more knowledge about eczema and the natural way to heal.

Saturday, November 30, 2013

Genap 1 tahun 8 bulan

Alhamdulillah.Rizqi Aqil dah 1 tahun 8 bulan semalam.Dah pandai macam2.Selalu tergelak kalo tengok apa kepandaian dia yang terbaru.Macam semalam dah pandai pulak nak mencangkung bila kita nk cuci kalo dia poop2.haha. Ok.nak list sket apa yg dia dah dapat sepanjang ni.Just for my reference kalo tetiba rasa nak ingat balik apa ye cik iqi pandai.
1. Dah boleh sebut hujan kalo nampak hujan.
2. Boleh sebut mommy dengan jelas.Sebelum ni asyik panggil abah je.hihi
3. Boleh panggil atuk, nenek n bye pah (bila bye2 pengasuhnya)
4. Reti nak turun naik tangga.Kalo biar dah lama terlepas naik sendiri.(risau)
5. Bila dah nak sampai rumah, dia sebut 'sampai dahhhh'
6. Boleh nyanyi alif ba ta, twinkle2 dengan pelat dia.
7.Dah tau numbers .boleh sambung nombor yang kita sebut contoh number 1, 2.3,4.dia akan sambung5,6,7..and so on.
8. Belajar phonics.Boleh sebut beberapa phonics letters.(masih gigih ajar sebab rizqi dia mesti tukar2 cara belajar nanti cepat bosan nak gi main je.Don't know maybe because he is a boy, if girl could be more focus i think.huhu..perbezaan yang kita tahu antara boy and girl.tapi what do you expect from 1 year old ++ boy?belajar tu kira bagus dah tu.melentur buluh biar dari rebungnya).
9. Dah paham arahan, minta simpan atau ambil barang dia dah boleh buat.dulu keje dia nak sepah je.haha.skang dah pandai.good boy.siap nak lipat kain.
10. Nampak minat ke arah memasak.Maybe masa pregnant dulu penangan suka memasak tu anak pon suka main ngan sudip/bekas sambil buat aksi memasak.Takpa.mommy sokong minat rizqi sebab besar nanti boleh masak untuk mommy.
11. Gigi dah banyak.atas bawah geraham pon dah ada.,Sakit kalo dia tergigit masa nak terlena.ngilu sangattt...bertahan demi kejar cukup fully bf  sampai 2 tahun.
12. Boleh paham sebut beberapa huruf hijaiyah kalo dia pegang kad tu.paling dia tahu huruf ba sebab dia boleh tunjuk sendiri kat frame surah seribu dinar.So proud of him.
13. Pandai sebut bukak kalo nak bukak bib dia, pintu atau apa yang berkaitan nak bukak.haha.
14. Pandai sebut i love uuu.tapi suka main2.suka main sebut lololoololoolo .hihi

Phew..ada banyakkk lagi perkembangan.I believe every child is genius.We as parents should explore what our child be able to do. nanti lah tulis balik.Selalu doa rizqi jadi anak yang bijak, pandai dan beramal soleh.aminnnn.
 Iqi paling suka cats.Macam mommy dia.ni pic seminggu sebelum genap 1 thn 8 bln.

Genap 1 tahun 8 bulan







Thursday, November 28, 2013

Doa untuk anak agar lembut hati, pintar dan soleh

Assaamualaikum, 

Tengahari ni menulis sambil menunggu Rizqi Aqil tido. Bila tengok muka dia tido rasa aman sangat.Tetiba rasa cepatnya masa berlalu. Esok rizqi dah genap 1 tahun 8 bulan.Masih lagi fully bf.masih lagi manja sgt.Besar nanti jadi anak yang baik ye rizqi.Doa selalu yang terbaik.Semua mommies mesti doa macam tu kan. Sape x mau anak yg baik?Ni ada doa yang boleh kita amal untuk anak kita.Dah lama simpan tapi baru nak update. Nak simpan dalam blog pula jadi panduan.

1. Baca Al-Fatihah (1x)

2. Baca Ayat Kursi (1x)

3. Baca surah Al-Insyirah (1x)

4. Baca surah Toha (ayat 1-5) (1x)


Kemudian, hembus pada ubun anak dan berniat agar anak menjadi soleh, cemerlang, bijak, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

sumber: google



ada lagi doa pendek jumpa di google.credit kepada blog tersebut. link

Lagi satu , masa anak dalam keadaan anatara sedar atau tidak,ibu digalakkan baca doa dan beri nasihat sambil mengusap kepala mereka. Sama-samalah kita berdoa agar anak kita membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh/solehah.




Tuesday, November 26, 2013

Popsicles for baby/toddler

Yeay!Its school holiday!
Dah malas pikir pasal sppbs yg tah pape.mari kita bergumbira dgn mengisi masa lapang menjaga keluarga.hihi.Baru nak update blog.sorry blog, i've been busy taking care of my 18 months son and schedule is still tight with other work...house chores!phewww..ni pon sebab rizqi tgh tido jadi senang ket nak update,kalo tak dia pon sebok nak tengok laptop.,hihi.anyway.just nak sharing2.sekarang ni tengok ramai suka buat ice cream popsicles untuk anak kan.i pon x ketinggalan!dah lama sangat nak buatnya tapi acuan tu baru beli lepas tergoda tengok kawan buat utk anak.pastu tgk banyak blog mommies buat.,jadi i pon pergi la gagah diri cari acuan ice cream tu kat daiso.Best sangat kan daiso tu macam2 barang.

 tu diaaa...rasa nak beli semua.huhu



Popsicles for Rizqi!buat 2 flavour. satu buh strawberry+grapes lagi satu yoghurt+strawberry+grapes.Nak bagi manis letak madu dan kismis.tapi i lupa letak plk madu masa tu.nasib baik rizqi layan je.dia memang semua layan.hihi.senang dapat anak tak cerewet.tengok tu makan sambil mencangkung.rizqi tengah mild fever ni tapi bila dapat makan popsicles ni dia jadi macam video kat bawah.


emmmm nyum nyum nyum hahha



Pic atas tu flavour lain.yellow kiwi+grape+honey.seronok tengok rizqi makan dengan gembiranya. Apa pun air tangan ibu memang terbaik untuk anak.lebih baik kita buat sendiri makanan anak jadi kita tau apa yang anak kita makan tu healthy ke tak:).Tapi kalo tak leh gak tak apolah..Nanti nak share jugak makanan homemade for baby lagi.Cuti sekolah ni mmg best nak bagi anak makan sedap2.hihi.



Sunday, October 27, 2013

Need a break

adoi...lama x leh nk update blog.tengah stress ngan sppbs.sape2 yang cikgu cikgi mesti tau pasal ni.pentaksiran berasaskan sekolah yang menghuru harakan hidup aku.huuu.!redha je lah.dah tanggungawab.tapi letih amat kalo nak kena hadap keje banyak hari2.lemah badan hari2 nak berjaga tengok sistem ok ke tak.kalo bernasib baik laju la kalo tak asyik nak kena bukak tutup balik sistem.asyik2 nak selenggara.asyik2 nak error.bengangggg oiii.dah ..ni pon tengah layan sppbs ni..dah sejam tunggu loading.tapi hampesss.sape2 yang rasa keje cikgu tu senang rentikan lah.kami mcm nak pengsan keje bertimbun2.memang separuh hari keje tapi bawak balik kerja rumah berlambak sampai nak kena berjaga2 mlm.dah zombie rasa.smlm malas berjaga dah letih sgt.kalo bujang senang la fokus.tapi yg ada family?hmmmm...k la.need a break.nak gi makan kek coklat nak bagi hilang stress.,nnti update blog bila dah settle keje.huhuhu

Saturday, October 5, 2013

Kumpul gambar moment bersama anak

Assalamualaikum,
Good morning. 
Hari ni ada mood nak collect gambar. tapi gambar ngan rizqi la.kalo tak asyik2 upload gambar rizqi je kan.mana muka mak nye?hihih.Ni susun dari awal sampai latest.tapi x semua gambar. 

 first raya together

 first time gi taman tasik bagi jejak tanah

muka cute sangat.paling best sbb iqi masih mok mok masa ni.gerammm


tengah syok sembur2 air liuq


first time trip to Pulau Pangkor!

I love babywearing:).takde ni susah wat keje.huhu



jalan2 kat carrefour je.hihi.rizqi seronok naik benda tu

 selfie with rizqi masa tunggu abah pray masa otw balik kat puncak titiwangsa

Latest!

Seronok tengok perkembangan anak dari kecik sampai besar.more years to come.May Allah grants us all strong iman and good health to watch our beloved child grown up.Jazakallah

Tuesday, October 1, 2013

OMJ

OMJ(Oh Mesin Jahit)

Lama sangat dah berangan nak mesin jahit sendiri.bile lah boleh beli ni?umah dah la boleh masuk tahun ni.mesin jahit pon xdak lagi.nampaknya langsir kena tempah la ye kawan2.tapi nasib baik mak mertuaku dengan baik hatinya offer nak tolong jahit...wahh.sayangggnya mak!huhuh.

Kalo ada rezeki mmg la nak beli mesin jahit.boleh la jahit langsir baru, sarung kusyen, cadar ke, baju ke, tudung ke.tak ke best??adik iparku dah beli.syok pulak tengok jahit macam2.tapi dia mmg terrer jahit pon.I dulu masa bosan2 tak kawen lagi time tu sebok nak jahit gak.ada la pinjam mesin jahit mak.skang nan ado la sebab dia dah balik kelate.huhuhu..nampaknya kena gigih kumpul duit ni lagi.Doakan agar dimurahkan rezeki selalu ye..i ada bisnes kecil-kecilan jadi kena berusaha lagi bagi mantop.stok baru pon xde lagi dek bz lagi ni.InsyaAllah hjg tahun ni macam2 la i jual .haha!.Rumah dah nak kena bayo even blum masuk lagi.(Sedih mode)..haha.ni pon bangun pagi2 nak update blog.haha.kalo ada masa leh click2 kat i nye blog lagi satu kat sini or like facebook rinarizqi or lagi follow kat instagram n twitter (rinarizqi) -->wahh!gitunye promote?!hihi

Pagi2 ni duk google pasal mesin jahit.

 sumber: google
aaahh..semua nak.mesin jahit tepi pon. boleh jahit shawl kan.seronoknyaaa.hubby i kata nak belanja tapi tah bile tu eh.nak present plzz 

 sumber : aliza boutique
 cambest plak brand epal ni

Sumber : google 

Shomellllnya pinkkkk

Ok.mari berangan lagi

Monday, September 16, 2013

Anak lelaki ikut muka mak anak pompuan ikut muka ayah

Assalamualaikum,

Selamat Hari Malaysia.Hari ni je tinggal untuk cuti.esok kena keje dah.adoiii.huhu.Ni pon duk rileks lagi kat taiping.Oh my.bestnya jadi suri rumah.tapi apakan daya kami kena kerja juga demi sesuap nasi.hihi.Oklah.xde apa pon nak merepek hari ni.Just want to share about my life and my baby boy.eh baby lagi ke.dah toddler dah rizqi ni. Haa..sepatutnya entry ni pon mmg dah lama nak buat.tapi hari ni baru ada masa nak menaipnya.Penah dengar x orang cakap, kalo muka anak perempuan biasanya ikut muka ayah.kalo muka anak lelaki pulak ikut muka mak nya.Org kata bagus kalo macam tu.sejuk sket.hoh.betul kot.Muka i sejibik sejibun muka ayah i.hahaha.tengok i dapat anak laki pon muka sejibik i masa kecik.kalo balik kampung kelate semua ckp Ya Allah memang muka mommy ni masa kecik.huhu.x caye?meh tengok...

 Ni i masa kecik2

Rizqi masa umur 9 bulan

Ada lagi gambar i yg muka sejibik lah rizqi tapi x upload lah.tengokla anak mommy ni mmg btul muka mommy.cuma dia mok sikit.hihi. 

Tuesday, September 10, 2013

Longest hiatus EVER!

Assalamualaikum, salam everyone. Rasanya ini paling lama x update blog sejak ada anak ni. Well..what can i do.too many other things that i need to take care of, yada yada..wahh.macam ada anak 10!tapi macam tu lah.as a working mother susah nak hadap blog selalu.tambah ada budak tecit omey ni sorang.Huhu.nak update pasal dia pon asyik tergendala.Skang rizqi dah 17 bulan u ols!bermakna dh 1 tahun 5 bulan.Cepatnya masa berlalu.tunggu nak ada adik baru lah plk.haha.oh.no no.blum ada lg tapi rasa rizqi lagi seronok ada adik kot?(sebenarnya mommy ni nak bau baby lagi.bau syurga gitu:). Oklah.hari ni just intro nak refresh again berblogging. rizqi ni still bangun malam lagi.u know..nak nennnennn..rizqi dah pandai cakap sikit2.nak susu dia cakap nak milk (sambil tunjuk dada dia) .nanti i tunjuk picture dia.lawak btul.jadi campur2 cakap sebab i mmg train dia cakap omputeh sket.takpalah.belajar dari kecik lagi bagus kan.hihi.meh tengok gambar rizqi.rambut dia plg best.sayang oi nak potong.trademark dia tu tau.sekali je potong haritu masa umur dia 1 tahun 1 bulan.

1 tahun 1 bulan 

1 tahun 2 bulan

1 tahun 3 bulan 


1 tahun  4 bulan


1 tahun 5 bulan



haha baru nak share gambar raya.

Ok.nanti nak share lagi gambar rizqi banyak2.
thanks for reading this entry.

Tuesday, April 2, 2013

Rizqi 1st birthday!

Hello everyone.A little update about my lil prince.i delayed this post because i need more free time to write.But as usual when we have a little child in the house, everything is going to be super tight schedule especially for working mom.

My Rizqi has turned one year old last friday, 29th March 2013. But we celebrated his birthday on 30th March because i wanted all the important people could come that day.X buat la hari bekerja senang sket kan.hihi.buat kat kl sebab x ada sape sgt kat penang n then cuti sekolah apa lagi zoom la ke kl.

Tapi macam biasa la birthday boy ni buat perangai pulak dah time big day dia.huuhu.siannn.He felt asleep while we wanted to celebrate his birthday.nasib buat small2 je.i dah paksa dia tido early at noon but failed.letih mommy. At last, as we predicted mmg dia nak tido jugak saat2 genting.Takpelah.next year birthday mungkin jatuh hari sabtu lagi tapi rasanya mommy buat simple je lah ye.huhuhu. Layan pics rizqi 1st birthday!

 prince of the day! tengok dia pon pakai baju customade special nama Rizqi Aqil.tempah kat sini

 Rizqi mula meragam.aiyooyo


Simple deco.Buat kat umah my hubby's aunt.Tu pon ada terlupa nak buat banner n letak pic rizqi.hihi.xpala.next year pon boleh buat lagi with better preparation.


 Rizqi is on the cake! i tempah kat sini lovebake

 with mak adik, pah, nyang and the kids.



 With my friends

 Rizqi is already sleeping

Tema cake ialah baby tv because little rizqi loves baby tv soooo much especially masa lagu birthday untuk baby tu.huhu
 Letih nya birthday boy tido tak sedar diri dah

with my adik.thank u datang!

 ni pulak lupa nak bagitau.i ada order jugak brownies utk tetamu yang datang.order from lovebake jugak.sedap:).tulis nama Rizqi 1.sorry pic quite blur.huhu

Ni pic dah kat penang.Rizqi is checking his prezzie that he got on his birthday.yeayyy!

Sempena umur rizqi dah setahun ni mommy rasa best sangat sebab dah berjaya fully breastfeed rizqi.lagi setahun nak kejar ni.I pray that i could still breastfeed him until at least 2 years.Rizqi, mommy loves u so much.May u grow healthier and be a good boy:)


Sunday, March 3, 2013

Niat nak breastfeed sampai 2 tahun

Masa mula pregnant dulu memang dah niat dalam hati and tanam dalam kepala otak ni nak fully bf my baby until he is 2 years old at least. tapi biasa lah.awal2 bila dah beranak tu tambah xde experience lagi kita disogokkan dengan pelbagai andaian yang orang lain katakan mcm nnti keje cukup ke susu tu?anak asyik nangis tu dia lapar tu..n pelbagai lagi.tambah lagi kalo anak terkena pula demam kuning lagila banyak teori.kita yang x tau sangat ilmu masa tu n as new parents ikut je la ckp org tua.pulak tu gi wad yg hospital taiping tu lagi lah tension  (haha.sampai skang emo ngan hospital tu)..jadi my son penah minum fm bukan sebab kerelaan adalah di situ hanya sekali. lepas tu rizqi has never drink any fm . I also berusaha gila nak bagi gak susu badan sampai lah skang ni.Alhamdulillah.masih ada lagi rezeki untuk Rizqi n i hope this will continue until he is 2 years old.Susu ibu la yg paling berkhasiat di muka bumi ni.Setakat ini Rizqi jarang sangat demam,haritu je demam sekali sebab nak dapat skill baru merangkak n tumbuh gigi second demam tu.Now, i need to tawakal banyak2 n semoga Allah permudahkan urusanku dan berilah rezeki untuk anakku.Aminn..

Walaupun kadang2 susu drop tapi i gagah jugak ler bersengkang mata nak wat power pumping tu bagi banyak balik.I'm using Medela freestyle right now and i'm so satisfied pakai pump ni.tengah menaip ni pon sambil pakai la ni.hihi.kalo kat sekolah boleh pump sambil tulis lesson plan.tanda buku.tapi tu la jadi cikgu ni bukannya setiap masa leh pump.kalo ada waktu senggang boleh la.tu pon slelaunya dpt pump sekali je.so ibarat i ni nak pump mcm kais pagi mkn pagi kais petang makan ptg.kadang2 i pump jugak sambil drive.tu yang best guna medela fs tu.cuma sbb i x consistent pump tu jadi susu x ler banyak sgt.dah la Rizqi ni minum banyak oi.kalo dulu setengah hari 4-5 botol 4-5 oz.skang ni walau dah start makan pon nak jugak botol at least 3 bottles 4.5-5 oz.kalo i tanya kwn2 anak diorg minum 3 oz je.huhuhu.tu la yg rizqi ni bam2 sangat.mommy lak yg kurus.Okla.saja nak share my experience smpai skang ni still bf my baby yg dah 11 bulan.tak lama lagi dah nak setahun.nak sangat dapat degree in breastfeeding.cepatnya masa berlalu.Rizqi pon dah tumbuh gigi sebatang.huhu.baru tumbuh?wei.takut tau kalo banyak2 nnti takut dia geget,.tp mmg skang dh gigit pon.,huu.apa tips nak bagi anak jgn gigit masa menyusu?haha.i love u rizqi.



rizqi is 11 months! Now i can crawl very well not like before.hihi.

 suka cium cermin plak dah.dalam play yard

hasil pump at surau smbil buat kerja.hasil x mencapai target tapi x apa.berusaha lagi malam tu pump.:).pic bukan untuk menunjuk tapi peringatan untuk diri sendiri..multi tasking mommy

Tuesday, February 5, 2013

Reminiscing Majlis Aqiqah & Berendoi 14th July 2012

Hihi.old story but never been forgotten.baru ada masa sikit ni nak update and korek balik apa yang x letak lagi dalam blog.ada macam2 tapi big event mcm ni boleh plk delay nak upload ye.haha.sorry.too bz and life as a new mother had never been so easy.nak kena belajar macam2 and most important masa sangat mencerumbui. Ok.ni entry patutnya 14 july tahun lepas.masa rizqi umur 3 bulan setengah.hihi.what an old old storyyyy.;p.Ok.The venue was at taiping. Buat sekali berendoi dengan sophie, rizqi's cousin.Everythimng went well except rizqi did not want to sleep in the baby cot.huhuhu.mula2 tido pastu boleh terjaga.adoiiyaii. 



tengok tu rizqi nak duduk beriba ngan abah.btw the baby cot tu mak mertua i customade sendiri.creative kan.

khusyuk nya diaaa


haa.ni baru nak tidoo lepas abih marhabban

sweet little boy.tido dgn muka masam sbb kena paksa tido.hihihih


ngan cik sophie kat baby cot satu lagi


with in laws

dessert table mak mertua ku yang buat.thank u mak.tukang susun ni rasanya adik ipar ku.hihi.i x sempat sgt tlg coz bz ngan rizqi x mo tido.

my boyyyyy..frame bought from daiso. beli lagi satu warna pink untuk sophie gak. sebab theme blue and pink.

baby elephantssssss.ni pon hasil kreativiti mil.

suasana depan


chocolate rizqi.sedap!

bunga telur cute bear theme pink and blue.special customade dari sepupu hubby.


Special gift surahYassin. I ordered from creativelydesign. 


aktiviti lepas habis majlis n dah tukar baju.bagi lagi dia duk dalam tu tglp gamba puas2

With sophie.alahai.babies are cute right?