rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 1, 2015

Hello September!

Dah lama x bukak blog.lebih kepada instagram dan fb je.hmm..rindu pulak zaman blogging.inshaAllah jika ada masa free boleh update lagi.

Blog ini akan lebih kepada maakan dan jahit2 pulak.hihihi


Thursday, October 16, 2014

Birthday tanpa rizqi

Update blog!
14 October...birthday ku tanpa rizqi di sisi.rindu sangat kat dia.sekarang ni rizqi duduk kat umah mak mertua sebab pengasuh rizqi gi mekah untuk Haji .Dah sebulan kot rizqi duduk n pah & tok kat taiping..setiap minggu jugak la gi jenguk dia..tak sabar nak balik lagi ni sekarang ni. Rizqi suka panggil mommy ooo mommy..huhuu..lucu betul.tunggu mommy ye rizqi kita makan cake sama2!

Haritu tetiba rasa macam nak buat cupcake sendiri..jarang sangat i nak buat cupcake tapi berkenan sungguh ngan cucpcakes comel2.sebab  teringin sangat buat sendiri lah!

tengok hasil seorang amatur
.
.
.
Chocolate cupcakes recipe Martha Stewart tapi i cedok dari blog orang lain jugak ni. Buttercream tu hubby cakap sedap.Oh..tu main hentam je.hahaha.sedap sebab campur dark chocolate. I really love chocolate!

Ok..rindu iqi balik


  Oh..Iqi! walaupun iqi ni cheeky cheeky boy i always love him.siapa x sayang anak oii...

Dia ada nyayi lagu birthday yg opah n mak adik a.k..a adik iparku record.Gembira  x terkata tuuu sebab mmg teringin n bagitau la kat husband cakap kalo boleh nak dengar la rizqi nyanyi lagu birthday.Ingat nak attach video tu tapi x reti ler pulak nak save video kat fb tu.(diorg upload kat fb).haha,lupa nak mintak mak adik rizqi antar kat whatsapp atau email.







Friday, August 22, 2014

update

Oh no..lamanya tinggal blog ni,sejarah ni,.,huhu.apa nak dikata.sejak ada anak ni susah pulak nak update. tapi instagram and facebook selalu ler.sebab senang x yah nak cite panjang2 sangat.but honestly mmg rindu lagi nak berblogging.ada masa nanti akan update lagi tapi x sekerap dulu. Asal nak update je mesti ada je halangan.Rizqi pon dah toddler ni x la banyak kerenah cuma sangat aktif,biasalah boy memang lasak.hihi.oh.,lupa,..rizqi baru kena potong rambut!baru la nampak boy.tapi sian mommy dia selalu rindu rambut curly dia,huhuhu.atuk rizqi potong sampai xde curly.hukhukhuk.hopefully nanti rambut dia kerinting balik.very rare tu budak lelaki rambut kinting kan.hihi.Okla hari ni just nak letak pic rizqi masa 2nd birthday dia.Birthday Rizqi 29 Mac tapi baru nak UPDATE. huhuhu. Pic pon x banyak pic biasa2 je.tahun ni celebrate kat kampung i kat kelate.nasib masa cuti sekolah.seronok  x kira la rizqi tu duduk rumah atuk dia.hihihi
 Tema minion. balloon tu beli kat bugsparty

 Cake beli kat kedai kek biasa. kali ni bajet sikit.huuhu

 Hadiah paling gah diterima dari bapak saudaranya a.k.a adikku yang no 2 Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah ya Abg Ngah,thank uuu
.
.
.
.
tu je  dapat share.tenet lambat.letih nak tunggu loading pic.hihi. ook di bawah ni pic i ngan rizqi beberapa hari lepas. tengok cheeky kan rizqi?hobi dia sekarang suka nyanyi alif ba ta sampai obses asyik nak alif ba ta je keje


p/s: rizqi dah wean off masa 2 tahun 2 bulan!sangat senang alhamdulillah.Automatik je tanpa perlu paksa2, tapi sekarang suka sondol2 sebab jeles tengok baby kat rumah pengasuh.aiyooo





Tuesday, March 25, 2014

Al Fatihah

Its been a long while since i've post anything.Mostly its because we have just moved out to our new house. When everything is ok and settle down definitely i'm gonna continue to write in my blog.
Yesterday, MH370 was confirmed crashed.It was truly the saddest day in Malaysian history and all over the world. A deepest condolences to all the families passenger and crew of MH370. Not forgetting  529 muslim brotherhoods are sentenced to death. So many sad news.Al Fatihah. 





Sunday, February 16, 2014

Update pasal adik kawen

Assalamualaikum

Hi semua. Lately banyak sangat benda berlaku tapi x dan jugak nk update blog.Banyak sgt benda penting jadi sampai tak tau nak update yang mana dalam blog.hihi.tapi takpelah.ni nak letak pic adikku yang no 2 dah kawen.Yang no 3 pon dh kawen tahun lepas tapi  lupa pulak i ols nak update pic kawen dia.takpa buh sekali harung.


 Adik no 3 kawen dulu dari no 2.haha .langkah bendul. ni pic tahun lepas ye kawan2.maaf baru letak.bini dia pon dah pregnant ni.boleh la rizqi dapat cousin untuk dibuli,ngehngeh.ok.ada 1 ni je dalam laptop ni.so mari tengok pic adik no 2 pulak kawen bulan januari haritu. tapi gambar official tak ada lagi.i amik dari adik ipar je ni gambar2 ni.


akad nikah di Dewan RISDA.cantik sangat pelamin and i suka sangat konsepnya.sweet gitu


Eh,gambar rizqi?haha.ni kat Dewan PELADANG hari esoknya.

Gambar pengantin. Tema tradisional.ni pon amik dari fb adikku ni x sempat nak amik pic sgt bz layan rizqi tengah aktif..huhu.

 Pengantin lama..haha. Majlis di Dewan FELDA pulok. sampai 3 hari ok majlis adikku ni!letih tapi best.dapat sorang lagi adik ipar.huhu
Moment with Rizqi


Yeay aween amik gambar lagi:).suka sangat service aween PHOTOAURA.Kerja dia memang superb la


 Majlis di Kelantan pulak seminggu selepas majlis di KL. Macam biasa Rizqi was sooooooo active!



 Yang penting majlis adik i ni memag meriah sakan sampai masuk paper.kalah kakak!haha.sapa baca surat khabar n tengok tv3 tahulah. ada masuk mahligai cinta.tapi i x sempat tengok la kerja time tu.tgk preview je.
hihi.Okla.bye2.see u next entry:)

Wednesday, January 8, 2014

Jantina anak seterusnya

Assalamualaikum.
Tetibe tajuk camtu?Well, my son is already 1 year 9 months. Perhaps its time for us to get another child.Ehem2.Actually.my plan only.Kalo Allah nak bagi rezeki kita terima lah seadanya.Yang penting kita berusaha dan tawakal kepada Allah. Lagipun tahun ni banyak sangat pakai duit .inshaAllah kami akan masuk rumah baru by this february 2014.I'm so excited!cuma x la renovate bagai.Macam i cakap tu, bajet x berapa nak ado.malas btol nak pinjam lagi jadi cukuplah hutang yang ada ini.Bila ada rezeki lagi boleh la tambah and renovate rumah ye dok?

Anyway, cakap pasal anak seterusnya..dah tentu ada yang nak jantina anak seterusnya seperti yang kita idamkan.i ler salah seorang tu..ngehngeh,,.bukan ...i till love my boy..anak kan sapa tak sayang?tapi..jauh lubuk hati i berharap lepas ni biarlah anak perempuan...Sebab? sebab i ni sorang je anak pompuan.pastu cousin pon lebih ramai laki dari pompuan. dari dulu teringin nak adik pompuan tapi x pernah dapat.huhu.pernah mak i beranak adik i yang no.6 pastu i tengok dengan macam xde perasaan.nak adik pompuan!huhuh.pikiran tah pape lah dulu.skng ni adik no 6 tu lah paling comel n hensem.masa kecik comel bukan mainnnn.macam patung. mesti dlm perut mak i patutnya dia jadi girl tapi akhirnya jadi boy plk.hhaha.,pastu sebab dia comelllll sangat i bagi dia pakai tudung la.huhu.,tengokla betapa i inginnkan ada girl lain dalam family kami.

Oklah.cukup merapu.sebelum ni pernah cakap i ni kena eczema.skang duk pantang makan ikannnnnnn jeeee .x mkn ayam n daging.gila gigih!akhirnya memang membuahkan hasil.ada la perubahan.x teruk macam haritu..kira 2 bulan lah pantang.ni still duk pantang lagi. Jadi apa kena mengena makan ikan ni??haaa..sebab i tengok kawan2 mostly yang pregnant girl semua suka ikan!Ada sorang my friend ni memang x sentuh langsung ayam.bila scan memang btul girl.Oh my.adakah ini petanda untukku.selepas ni bakal dapat girl?Allah nak bagi rezeki kah?aminnn..doa banyak2. tapi kan x semua pon btul.dulu mak i dapat i sebab hari2 makan ayam.huhuhueuheu.jadi i praktik tu mkn ayam x jadi lor.dapat lah rizqi omey bam bam.

Meh google apa tips untuk dapat jantina yang diidamkan.ada jumpa banyakkkk tips ok.Tapi penentu jantina bayi adalah lelaki sebab lelaki yang bawa kromosom X dan Y. Isteri hanya bawa kromosom X.

Tips merancang anak lelaki:


  • Makanan berasid macam buah limau, nanan, mangga, cuka dan minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Kena banyak makan makanan laut sebab zat logam, kalsium dan magnesium diperlukan.
  • Persetubuhan pada waktu subur isteri
  • Buat douching  atau basuh faraj dengan alat khas. Sebanyak 20ml air bikarbonat ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum persetubuhan.Boleh dapat kat farmasi.
  • Posisi suami isteri.Si suami perlu pancut air mani hampir dengan pintu rahim (jauhhh ke dalam)
  • Isteri perlu capai kepuasan yang tinggi (untuk keluarkan cecair beralkali bagi merangsang pergerakan kromosom Y)
Tips merancang anak perempuan:
  • Banyakkan makan makanan berasid macam limau, asam, nanas, cuka, air minuman gas dll. elak makan makanan laut.
  • Persetubuhan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi.
  • Douching  dengan cecair asid 2 jam sebelum persetubuhan.
  • Suami kena pancutkan air mani hampir dengan pintu faraj. Sebab situ lebih berasid dan melemahkan kromosom  dan membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim.
  • Kedudukan suami di bawah bantu anada dapat anak perempuan.
  • Isteri tak perlu capai kepausan yang tinggi.
Wahh..bolehke ingat ni.cuba tengok yang lain pulak..kaedah kalender kuno cina. Sumber szulnorain




kalendar cina
kalendar cina


Kalau ikut teori kalendar cina ni inshaAllah i akan dapat girl!!!!patutnya tahun lepas lagi kena usaha dah.huhu.

p/s: tak leh caya 100%,kena percaya ketentuan Allah. Tapi apa salahnya kita mencuba.kalo tak dapat jantina yang diinginkan jangan pi buang pulak anak tu.Ada hikmah di sebaliknya.

Sunday, January 5, 2014

rinarizqi

Assalamualaikum, 

Its already 2014!Time flies so fast isn't?My little boy Rizqi also has grown up like a magic.Its fun and and at the same i'm blessed because i could still watch my little boy grow healthily.There were so many things had happend in 2013 and i'm sure i'm gonna miss it.especially the his phase of growing up.oh my cheeky cheeky boy.hiihi.

Ok.just want to share.For the starting of year 2014.I'm gonna take a little step further on my business i need to settle a few things more including my new house(can't wait!). Some of you maybe did not know that i'm running my new business .So for today, i want to announce that we have a new collections and its very convenient for breastfeeding mommies. Free postage is still going on until today for people who purcahsed 2 items above. Check out my page ya. in fb and instagram.But i've always update my fb first.Kalau u pembaca blog i kena bagitau mana tau i bagi diskaun lagi:)


 Introducing Jubah Elisa Puff Shoulder!
Eh Rizqi pon nak sebok.hihihi

 Gorgeous large bow at the back and covered buttons on the cuff

Soft awning Tudung Airin.Sape peminat soft awning memang wajib beli ni!dahla senang, basuh pon senang,x yah iron bagai sangat.huhu.I love soft awning.easy for mommies

Check out my fb: rinarizqi and instagram. i do have twitter too but i always update on fb/ig or email me rinarizqi@gmail.com if you are interested

Tuesday, December 24, 2013

Eczema

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita sikit pasal penyakit eczema ni.Dah kena eczema rasa nak share la experience macam mana boleh kena n sebagainya. Lagipon i ni mmg kulit sensitif tp x la sensitif sgt.tah la tua2 jadi makin teruk plk ye.Biasanya eczema inherited.tapi ada jugak tak.selalunya kena kat baby n akan hilang bila dah besar tapi ada jugak org tua kena.cth: i la.dh tua pon kena. (sebab genetik). mmg x leh lari dari masalah kulit ni.dulu allergic besi.mcm nikel tu.kerongsang x leh pakai lama2.teruk gak keadaan masa tu tangan sampai ada lagi bekas tau.

Kali ni dugaan masa baru2 ni yg terkena eczema plak bila tangan asyik menggaru je tp bukan semua jari pon affected.jari kelengkeng ja.i igt lagi bulan 8 masa tu, lepas basuh2 pinggan , bersihkan sinki pastu rasa jari tu merenyammm sgt nk garu,.paham tak.x bleh control.adoi..pastu bermulalah penderitaanku nak hadapi eczema ni,sampai takut nk pegang rizqi.padahal x akan bg efek kat org lain sbb ni bukan berjangkit pon.paling sedih sekali rasa very ugly deep inside my heart.malu nak pegang tangan.(tu masa kena teruk la),.sampai nangis menahan garu tapi tergaru jugak.its like compulsary urge to scratch but you know what will happen next.kulit akan lagi teruk,hmm..cuba cream yg natural based macam moogoo, pot of gold pon x jalan.last2 tak tahan gi amik ubat kat pakar kulit.yes.memang hilang sekejap je dlm masa seminggu boleh hilang.But the danger is hunting me until now.hmm.hilang kejap tapi affected belah sebelah pulak dah.lepas tu stop terus krim tu dan google terus natural healing for eczema.mmg ada!eczema ni bukan boleh terus sembuh macam tu je.tak ada ubat pon sebenarnya tapi boleh control.tp baru2 ni ada jumpa website yang kata boleh heal.cuma mmg amik masa lama  tambahan pulak sapa2 yang dh amik krim doktor tu nak kena melalui fasa TSW (topical steroid withdrawal).tul ke ejaan.mcm tu la.i mmg hari2 duk detox badan je ni.nak buang steroid tu.nk bagi badan buang toksin2.ok.meh tengok contoh tangan i yg kena melalui fasa TSW tu.

Phase 1.healing process

tapi x semudah itu kawan2.nak hilangkan semuanya belum 100% berjaya. gambar tu ambik masa cuti kat kelantan.Air bersih, makan fresh food, no meat,less using soap, drink raw juices, apply homemade cream n etc. I became crazy of anything organic/natural stuffs.pakai barang cosway tu nak jimat.tau la kan barang organic/natural kan mahal.paling penting mesti tahu apa punca kena eczema tu. detect sebab makan ayam/kulit ayam dan guna sabun basuh pinggan x pakai gloves.sedih nak kena disiplin diri makan.memang suka makan ayam.(sebab tu plg senang masak). balik dari kelantan jadi flares lagi kat tangan sebab air kat umah ni x bersih sgt (umah lama), dan kena basuh2 tu x leh elak.pakai gloves pon jadi,x leh terlalu lama kering tangan.hmm,takpelah.ada hikmah disebalik semua ni. Now, my target is on healthy diet for another 2 months and stop eating chicken/meat (the hardest part).tapi x boleh nak elak sangat makan dairy.huuu.dahla suka cheesecake.mungkinkan Allah nak bagi petunjukNya?Hari2 berdoa Ya Allah sembuhkan penyakitku. Mungkin Allah nak bagi hadiah yang tak disangka2?Anak perempuan pula selepas ini?hapuskan dosa2 ku yang lalu?siapa tahu?Therefore i need to be very very strong to handle this.Sabar separuh daripada iman.

p/s: i joined several groups in fb to gain more knowledge about eczema and the natural way to heal.

Saturday, November 30, 2013

Genap 1 tahun 8 bulan

Alhamdulillah.Rizqi Aqil dah 1 tahun 8 bulan semalam.Dah pandai macam2.Selalu tergelak kalo tengok apa kepandaian dia yang terbaru.Macam semalam dah pandai pulak nak mencangkung bila kita nk cuci kalo dia poop2.haha. Ok.nak list sket apa yg dia dah dapat sepanjang ni.Just for my reference kalo tetiba rasa nak ingat balik apa ye cik iqi pandai.
1. Dah boleh sebut hujan kalo nampak hujan.
2. Boleh sebut mommy dengan jelas.Sebelum ni asyik panggil abah je.hihi
3. Boleh panggil atuk, nenek n bye pah (bila bye2 pengasuhnya)
4. Reti nak turun naik tangga.Kalo biar dah lama terlepas naik sendiri.(risau)
5. Bila dah nak sampai rumah, dia sebut 'sampai dahhhh'
6. Boleh nyanyi alif ba ta, twinkle2 dengan pelat dia.
7.Dah tau numbers .boleh sambung nombor yang kita sebut contoh number 1, 2.3,4.dia akan sambung5,6,7..and so on.
8. Belajar phonics.Boleh sebut beberapa phonics letters.(masih gigih ajar sebab rizqi dia mesti tukar2 cara belajar nanti cepat bosan nak gi main je.Don't know maybe because he is a boy, if girl could be more focus i think.huhu..perbezaan yang kita tahu antara boy and girl.tapi what do you expect from 1 year old ++ boy?belajar tu kira bagus dah tu.melentur buluh biar dari rebungnya).
9. Dah paham arahan, minta simpan atau ambil barang dia dah boleh buat.dulu keje dia nak sepah je.haha.skang dah pandai.good boy.siap nak lipat kain.
10. Nampak minat ke arah memasak.Maybe masa pregnant dulu penangan suka memasak tu anak pon suka main ngan sudip/bekas sambil buat aksi memasak.Takpa.mommy sokong minat rizqi sebab besar nanti boleh masak untuk mommy.
11. Gigi dah banyak.atas bawah geraham pon dah ada.,Sakit kalo dia tergigit masa nak terlena.ngilu sangattt...bertahan demi kejar cukup fully bf  sampai 2 tahun.
12. Boleh paham sebut beberapa huruf hijaiyah kalo dia pegang kad tu.paling dia tahu huruf ba sebab dia boleh tunjuk sendiri kat frame surah seribu dinar.So proud of him.
13. Pandai sebut bukak kalo nak bukak bib dia, pintu atau apa yang berkaitan nak bukak.haha.
14. Pandai sebut i love uuu.tapi suka main2.suka main sebut lololoololoolo .hihi

Phew..ada banyakkk lagi perkembangan.I believe every child is genius.We as parents should explore what our child be able to do. nanti lah tulis balik.Selalu doa rizqi jadi anak yang bijak, pandai dan beramal soleh.aminnnn.
 Iqi paling suka cats.Macam mommy dia.ni pic seminggu sebelum genap 1 thn 8 bln.

Genap 1 tahun 8 bulan







Thursday, November 28, 2013

Doa untuk anak agar lembut hati, pintar dan soleh

Assaamualaikum, 

Tengahari ni menulis sambil menunggu Rizqi Aqil tido. Bila tengok muka dia tido rasa aman sangat.Tetiba rasa cepatnya masa berlalu. Esok rizqi dah genap 1 tahun 8 bulan.Masih lagi fully bf.masih lagi manja sgt.Besar nanti jadi anak yang baik ye rizqi.Doa selalu yang terbaik.Semua mommies mesti doa macam tu kan. Sape x mau anak yg baik?Ni ada doa yang boleh kita amal untuk anak kita.Dah lama simpan tapi baru nak update. Nak simpan dalam blog pula jadi panduan.

1. Baca Al-Fatihah (1x)

2. Baca Ayat Kursi (1x)

3. Baca surah Al-Insyirah (1x)

4. Baca surah Toha (ayat 1-5) (1x)


Kemudian, hembus pada ubun anak dan berniat agar anak menjadi soleh, cemerlang, bijak, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

sumber: google



ada lagi doa pendek jumpa di google.credit kepada blog tersebut. link

Lagi satu , masa anak dalam keadaan anatara sedar atau tidak,ibu digalakkan baca doa dan beri nasihat sambil mengusap kepala mereka. Sama-samalah kita berdoa agar anak kita membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh/solehah.




Tuesday, November 26, 2013

Popsicles for baby/toddler

Yeay!Its school holiday!
Dah malas pikir pasal sppbs yg tah pape.mari kita bergumbira dgn mengisi masa lapang menjaga keluarga.hihi.Baru nak update blog.sorry blog, i've been busy taking care of my 18 months son and schedule is still tight with other work...house chores!phewww..ni pon sebab rizqi tgh tido jadi senang ket nak update,kalo tak dia pon sebok nak tengok laptop.,hihi.anyway.just nak sharing2.sekarang ni tengok ramai suka buat ice cream popsicles untuk anak kan.i pon x ketinggalan!dah lama sangat nak buatnya tapi acuan tu baru beli lepas tergoda tengok kawan buat utk anak.pastu tgk banyak blog mommies buat.,jadi i pon pergi la gagah diri cari acuan ice cream tu kat daiso.Best sangat kan daiso tu macam2 barang.

 tu diaaa...rasa nak beli semua.huhu



Popsicles for Rizqi!buat 2 flavour. satu buh strawberry+grapes lagi satu yoghurt+strawberry+grapes.Nak bagi manis letak madu dan kismis.tapi i lupa letak plk madu masa tu.nasib baik rizqi layan je.dia memang semua layan.hihi.senang dapat anak tak cerewet.tengok tu makan sambil mencangkung.rizqi tengah mild fever ni tapi bila dapat makan popsicles ni dia jadi macam video kat bawah.

video

emmmm nyum nyum nyum hahha



Pic atas tu flavour lain.yellow kiwi+grape+honey.seronok tengok rizqi makan dengan gembiranya. Apa pun air tangan ibu memang terbaik untuk anak.lebih baik kita buat sendiri makanan anak jadi kita tau apa yang anak kita makan tu healthy ke tak:).Tapi kalo tak leh gak tak apolah..Nanti nak share jugak makanan homemade for baby lagi.Cuti sekolah ni mmg best nak bagi anak makan sedap2.hihi.



Sunday, October 27, 2013

Need a break

adoi...lama x leh nk update blog.tengah stress ngan sppbs.sape2 yang cikgu cikgi mesti tau pasal ni.pentaksiran berasaskan sekolah yang menghuru harakan hidup aku.huuu.!redha je lah.dah tanggungawab.tapi letih amat kalo nak kena hadap keje banyak hari2.lemah badan hari2 nak berjaga tengok sistem ok ke tak.kalo bernasib baik laju la kalo tak asyik nak kena bukak tutup balik sistem.asyik2 nak selenggara.asyik2 nak error.bengangggg oiii.dah ..ni pon tengah layan sppbs ni..dah sejam tunggu loading.tapi hampesss.sape2 yang rasa keje cikgu tu senang rentikan lah.kami mcm nak pengsan keje bertimbun2.memang separuh hari keje tapi bawak balik kerja rumah berlambak sampai nak kena berjaga2 mlm.dah zombie rasa.smlm malas berjaga dah letih sgt.kalo bujang senang la fokus.tapi yg ada family?hmmmm...k la.need a break.nak gi makan kek coklat nak bagi hilang stress.,nnti update blog bila dah settle keje.huhuhu

Saturday, October 5, 2013

Kumpul gambar moment bersama anak

Assalamualaikum,
Good morning. 
Hari ni ada mood nak collect gambar. tapi gambar ngan rizqi la.kalo tak asyik2 upload gambar rizqi je kan.mana muka mak nye?hihih.Ni susun dari awal sampai latest.tapi x semua gambar. 

 first raya together

 first time gi taman tasik bagi jejak tanah

muka cute sangat.paling best sbb iqi masih mok mok masa ni.gerammm


tengah syok sembur2 air liuq


first time trip to Pulau Pangkor!

I love babywearing:).takde ni susah wat keje.huhu



jalan2 kat carrefour je.hihi.rizqi seronok naik benda tu

 selfie with rizqi masa tunggu abah pray masa otw balik kat puncak titiwangsa

Latest!

Seronok tengok perkembangan anak dari kecik sampai besar.more years to come.May Allah grants us all strong iman and good health to watch our beloved child grown up.Jazakallah

Tuesday, October 1, 2013

OMJ

OMJ(Oh Mesin Jahit)

Lama sangat dah berangan nak mesin jahit sendiri.bile lah boleh beli ni?umah dah la boleh masuk tahun ni.mesin jahit pon xdak lagi.nampaknya langsir kena tempah la ye kawan2.tapi nasib baik mak mertuaku dengan baik hatinya offer nak tolong jahit...wahh.sayangggnya mak!huhuh.

Kalo ada rezeki mmg la nak beli mesin jahit.boleh la jahit langsir baru, sarung kusyen, cadar ke, baju ke, tudung ke.tak ke best??adik iparku dah beli.syok pulak tengok jahit macam2.tapi dia mmg terrer jahit pon.I dulu masa bosan2 tak kawen lagi time tu sebok nak jahit gak.ada la pinjam mesin jahit mak.skang nan ado la sebab dia dah balik kelate.huhuhu..nampaknya kena gigih kumpul duit ni lagi.Doakan agar dimurahkan rezeki selalu ye..i ada bisnes kecil-kecilan jadi kena berusaha lagi bagi mantop.stok baru pon xde lagi dek bz lagi ni.InsyaAllah hjg tahun ni macam2 la i jual .haha!.Rumah dah nak kena bayo even blum masuk lagi.(Sedih mode)..haha.ni pon bangun pagi2 nak update blog.haha.kalo ada masa leh click2 kat i nye blog lagi satu kat sini or like facebook rinarizqi or lagi follow kat instagram n twitter (rinarizqi) -->wahh!gitunye promote?!hihi

Pagi2 ni duk google pasal mesin jahit.

 sumber: google
aaahh..semua nak.mesin jahit tepi pon. boleh jahit shawl kan.seronoknyaaa.hubby i kata nak belanja tapi tah bile tu eh.nak present plzz 

 sumber : aliza boutique
 cambest plak brand epal ni

Sumber : google 

Shomellllnya pinkkkk

Ok.mari berangan lagi