rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 26, 2012

Mencabarnya jaga baby boy..

Eh.tajuk entry tu bukan nak merungut.;p.
I just nak bagitau my experience menjaga baby as i'm a new mommy therefore so many challenges that i need to face. Ok.to begin with, i skang ni balik kelate.dah x berpantang kat taiping. Jadi hubby agak jauh la nak selalu mai datang balik kelate kan.Banyak la i need to buat sorang2.nasib my mom willing to take care of baby masa siang2.mlm2 i ler yg jaga.huhu.dahla rizqi ni suka bangun malam!cranky habisla asyik ok ek ok ek ok kalo malam.kadang tu penah dia bangun dari kul 1 pagi sampai la kul 7pg.x letih ke baby ni?huhu..ingat lapar i bagi la nenen.pastu nak lagi.Baby boy ni kuat minum susu banding baby girl. Demand dia tinggi.huhu.nasib baik la susu ada..even selalu sangat la orang2 tua kata i x cukup susu sebab baby asyik nangis je..hmmm..tengok baby i tu dah gemuk still cakap x cukup susu lagi kaa?layan kan aje..dengar je la apa nak dikato tapi dalam hati membara.then lepas baby minum susu mesti nak muakk a.k.a muntah susu.baby rizqi ni perangai ikut sejibik bapaknya kot masa kecik2 dulu sebab dia suka muak lepas minum susu.ehh.jangan nak kata i x burp kan baby tauu,..even dah burp pon dia boleh muak lagi..baru je tuka baju tengok dia muak lagi.begitulah smpai 2-3 kali laa..x boleh biarkan dia ngan baju muak tu coz takut semut gigit dia,,tak pasal lagi mau nangis lagi.sian dia.bersengkang mata la jaga...huuu.so.tuka la baju lagi..pastu baby kencing n berak pulak..nasib baik aku beli baju banyak2..jadi x la kehabisan baju.kalo dalam list korang yang bakal bersalin nanti beli baju baby 5 helai aku rasa x cukup tuu.sila tambah lagi!hahaha..lainla baby u ols xde masalah langsung macam i.everyday baju2 n kain2 kotor baby mesti penuh.nasib baik bapak aku basuh baju baby selalu.I just basuh lampin cloth diaper baby ja.

Kalo baby boy ni paling mencabar waktu nak salin diaper and waktu mandi!i selalu berpeluh2 la kalo nak mandikan baby rizqi ni.Dia x suka mandiii..alaaaa...masuk air je dia nangis.2-3 kalo je mood dia baik n senyap.selebihnya mesti nangis.huhu.dia special sket sebab suara jeritan dia kuattt!maybe efek i masa ngandung dulu i suka kuat suara masa ngaja..(takkan aku nak bisik kot masa ngaja dah keje aku cikgu).i tengok baby girl  my SIL plak senyap je masa mandi.beza sungguh ngan rizqi.haha.Part mencabarnya baby boy ni sebab baby boy suka pancut!unxpected plak tuu!sampai abih la katil mak mertua i ngan katil mak i kena pancutan.hahah.(i berpantang kat bilik mak2 ku).berpeluh serius kalo bab ituu.sesape yang bakal ada baby boy berjaga2 la anda,sediakan lampin banyak2 bukan untuk cover montot dia aja tapi utk cover takut2 dia pancut masa u ols nak angkat dia salin diaper.haha..

Okla,.tu je nak cerita.Maybe ada di kalangan korang yang pernah hadapi situasi macam ku.Till then..tata.thank u for reading this entry:)

Sharing you my pic of baby boy setelah ditukar lampinnya. Oh.ni time dia lepas kena cukur.jadi botak!hihi.Rambut baby sebenarnya curly.

baby Rizqi is wearing CD thirsties.

p/s: Orang kata jaga baby boy memang susah masa kecik tapi bila besar senang nak jaga:')

Sunday, May 20, 2012

Berpantang My Way

Nak pantang berapa lama?40 hari, 44 hari, 60 hari or 100 hari?haa.pilihan masing2. My way?i chose 44 days pantang makan2.hee.. mak i kata kalo orang kelate 40 hari je pantang.Ntah.i rasa cam nak pantang 44 hari tu.Tapi i rasa i x la terlalu strict pon makan.tu pon my PIL kata i kuat sungguh pantang.Sebab haritu kan baby Rizqi kena kuning,jadi terpaksa la pantang bagai macam x makan halia, cili2 or rempah2 hangat mcm lada hitam n jamu2 pon x makan la. Demi baby biarla orang nak kata apa.badan mmg nak pakai lama tapi baby adalah segalanya.
I berpantang kat rumah mertua.jadi mmg la kena ikut apa yang dimasak kan.cuma i request tak mo la makan benda2 yg boleh jadi naik kuning. Nasib mujarab gak cara i walaupon lambat.At least turun.Macam2 la petua dipakai.mandi daun inai la,ubat sensei la (yang air warna kuning tu), sengkuang cina la.mcm2..eh..i bukan nak cite pasal kuning ni.huhu.baby dah ok dah.makin gumuk ada. 

Ok ni la antara cara pantangku:

  • Jamu/supplement lepas bersalin: As i posted before, i bought set salindah yang boleh guna masa    ngandung n lepas bersalin. tapi i x makan sangat pon.kena pantang jamu2/ubat masa baby kena kuning.Start makan lepas confirm baby dah ok kuning.makan jamu makcik tukang urut bagi.ada la 3 hari aku makan.pastu mkn salindah balik.
  • Pemakaian luaran:  Untuk luaran i beli Nona Roguy. Serius i love minyak herbanika tu.sekarang still pakai lagi. Masa duduk dalam ward kan pantang cowboy, jadi i guna minyak herbanika tu jadi pilis n sapu kat badan, tapak kaki n etc.memang berangin sedap je pakai.Tungku2 pulak i used tungku moden and tungku besi sumbangan MIL. i tak bertungku selalu.kadang2 tu sekali je tungku.x sempat weh...masa kita nak tungku masa tu la baby nak bangun.masa pantang mmg banyak habis kat baby je...
  • Mandian herba: 2 minggu pertama   mandi air rebusan daun2 khas yang parents i bawak dari kelate.Best gila mandi air rebusan daun.pastu stok habis i beli mandian herba dari izdiharshoppe. senang sebab dah siap bungkus.Rebus dan pakai banyak kali. I still mandi lagi air rebusan ni sampai 60 hari katanya untuk kesan optimum.         
  • Makanan berpantang: Yang ni memang i pantang untuk 44 hari.Tahan dari makan semua benda bergoreng, sejuk dan berangin. Nasik lemak boleh ke makan masa pantang?Aku pantanggg..sebab nak body cepat turun.hihi.Hari2 makan ikan.Hasilnya 2 minggu berat badan dah susut 10kg.OK what.Tapi sekarang dah balun semua kecuali ais. Antara menu masa pantang, ikan selar bakar+ sayur sawi rebus/masak air, ikan siakap bakar or stim, ikan kering masak rasem (sedap kuah), kerabu ulam                                                                                                              buh ikan kering bakar tumbuk . pah suka bagi i makan ikan kering.huhu.orang tua dulu2. Tak lupa jugak i makan sup ikan haruan n ikan yu. Sup ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka dalaman n ikan yu bagus untuk banyakkan susu. sedap gak makan tu. Tapi PIL kata sedih tengok makanan  i makan plain je.huhu.laa.i suka je.sebelum ni pon mmg makan ikan rebus cicah budu pon sedapp apa. Buah-buah i cuma makan epal merah n oren sunkist dan prune .orang kata oren baik untuk sembuhkan luka.Ada sekali je makan cheesecake nak jaga hati MIL punya birthday.huhu.tengok takda apa pon jadi.Anak sulung orang kata kena cuba dulu tengok macam mana.
  • Bengkung: Pakai hari-hari.tapi bila dah sebulan dah mula start malas.haha.tapi pakai la jugak smpai 44hari.Bengkung untuk kempiskan perut kan n naikkan peranakkan. Tukang urut tu kata peranakan i dah ok tu yg i rasa x apa. Tapi dia mmg bising aa suh i pakai setiap masa kecuali gi mandi je.lecehhh..
  • Milk booster: minum horlicks hari2 n makan kurma+madu. Mula2 i minum milo tapi ada orang cakap minum milo bleh sebabkan sembelit?eh..mak i minum ok ja.,tapi cuba gak la tips tu.

Tu ler antaranya. Tapi yang i tension lepas bersalin ni payahhh benor nk membuang..haha.ckp pasal sembelit plak.jangan geli sebab ini memang kita kena hadapi masa berpantang.tensionnn ok..!plak tu kita tak boleh nak suka hati teran2.ada luka jahitan tu kan. i depend kat ubat jer.takut.yg bukan jenis makan  tapi jenis cucuk kat butt.takut kena efek baby.kan.boleh menangis berjam dalam toilet kalo ada masalah tu..huhu,tapi sekarang i dah jumpa penawarnya...sebab dah abih berpantang ni i cuba makan phytonatal nona roguy tu.berkesannn!x efek kat baby yg breastfeeding.Okla..lain orang lain cara pantang.This is my way.x la strict sangat.:p


       

Sunday, May 6, 2012

Baby and Demam kuning

Happy Sunday everyone.
Today nak cerita pasal demam kuning. Rasanya semua mommies mesti tau pasal demam kuning ni kan?or dalam bahasa lain panggil jaundice.Boleh kata babies sure kena kuning ni cuma tinggi or rendah je.kalo tak kena kuning tu memang sihat betul baby tu..Ada banyak reason jadinya kuning ni. Especially if the parents blood are O+ jadi mmg high chance untuk dapat kuning. Me and hubby have the same blood group, O+.So i try to avoid baby kena kuning since i pregnant lagi.Antara i buat ialah minum susu kambing (hi-Goat), makan kurma hari2 n x lupa makan spirulina. Unfortunately, my baby kena jugak kuning even i consumed all those things. hmm..maybe ini ujian bagiku. I mudah bersalin tapi i dapat bahagian lain ujian dari-Nya..Poor my baby.Kena demam kuning tinggi sampai masuk wad.Dah detect baby macam ada kuning sikit masa hari kedua dia lahir. So, my parents bagi tips suh minum susu kambing kat MIL since i balik berpantang kat rumah MILhari ketiga..dulu maybe parents i penah buat mcm tu kot kat adik2 i yg kena kuning..i x buat research awal2 terus setuju. alahaii..sian my baby,rupanya susu kambing x elok pon bagi kat baby. (bila pikir balik tension gila n menyesal sungguh..sampai nangis la).

Hari keempat, still x surut pon kuning baby.boleh nampak kat mata dia kuning2 tu.I tahan lagi la ingatkan akan surut esok2. Tengok2 hari kelima nurse datang umah n cakap baby nampak kuning sangat.bawak la baby rizqi ni ke klinik kesihatan.Check result hah amek..16.5 bacaan.i dah lemah lututla dengar kalo lebih dari 15 kena masuk wad..dalam hati x mau masuk wad tapi demi baby terpaksa la.

 Poor baby Rizqi.Tido bawah lampu.Hari pertama dia nak kena tido bawah lampu tu mmg struggle gila sebab dia x mau duduk dalam tu. I'm so stressed!dengan sakit x hilang lagi.pantang cowboy la kat situ ngan baby. Nangis2 nak balik sebab sedih sangat tengok dia duk dalam tu n kita mmg x cukup tido la. Nasib baik ada support yg tak terhingga from my hubby, parents, MIL n semua yg bagi semangat,kalo x boleh meroyan gak kot.huu..:((. Baby jaundice kena selalu bagi breastfeed every 1-2 hours.jadi memang i tak tido la sangat nak menjaga baby.Nasib baik gak i bought medela freestyle tu,penyelamat jugak sebab boleh pump susu time dia tengah tido kan..Tapi i sangat marah ler ngan wad kat hospital tpg tu,.sorry to say,bukan i against govt hospital  tapi diorg bg susu fm without my permission!they said my baby x cukup susu sbb nangis gila2 masa diorg nak mandikan or amik darah baby ke apa time tu n bila dah siap baru bawak baby kat i baru nak bagitau dah bagi susu fm. wth!sedangkan klinik penawar tempat i beranak tu pon mintak permission tanya nak x susu fm?of course i jwb x mau n nak fully bf.tapi seb baik la nurse kt klinik tu paham bahasa.ni terbalik plk hospital govt mcm x friendly bf je.sampai ke sudah i still tension ngan wad hospital tu.ye laa.even my susu x semeriah org lain tapi rasa cukup la utk tahap perut baby masa tu.(still emo)


my baby rizqi time ni dah turun kuning dia.cian dia. nasib baik turun.kalo makin naik takut sangat la sebab bleh effect kat otak kan.mintak jauh2.


Punca jaundis a.k.a demam kuning yang i baca:

jaundis berlaku bila bilirubin berkumpul di bawah kulit yang menghasilkan warna kuning. Darah yang mengandungi bilirubin akan diproses oleh hati dan dibuang melalui air kencing atau najis. Sewaktu baby dalam perut, hati ibu  yang melakukan proses tersebut. bila baby lahir, terpaksalah baby sendiri yang bekerja. tetapi, organ2 baby belum matang lagi jadi disebabkan itu terjadilah jaundis kat baby. 

bilirubin yang dikeluarkan banyak melalui najis. sebab itu kena bagi penyusuan ibu yang kerap. 
baby mudah hadam dan mudah nak buang air besar. Ada sesetengah org tua suka suh bagi minum air masak kan katanya baby akan kerap kencing jaundice tu akan cepat turun.hmm...x betul tu. turun gak tapi lambatt..

Punca jaundis ni banyak juga.
antara puncanya bila darah si ibu dan anak berlainan, anak lahir pramatang, kesan lebam bila lahir...
jaundis pun ada macam2 jenis. Kadang2 ada  lambat sembuh dari jaundis ada pula cepat sembuh.
Antaranya jaundis normal, jaundis patalogic, dan jaundis susu ibu. Ada anak sepupu hubby kena jaundis sampai sebulan!sebabnya dia jaundis susu ibu.

Seingat i masa nak masuk wad tu doktor tanya i masa ngandung makan apa.i ckp ler mkn salindah ubat homeopati. Diorg ni x bagi mkn homeopati2 ni katanya bnyk mslh.hmmm..tahh.i tgk cikgu2 sekolah yg mkn tu semua elok je anak.kena kuning gak tp x tinggi pon.So i assume baby i kena sebab jenis darah dia. mcm2 teori.Masa jaga baby kat wad i pantang terus dari makan jamu, salindah,halia, lada hitam n cili. alhamdulillah, baby akhirnya ada perubahan even selalu je org2 tua suh mkn mcm2. 

p/s: pesanan untuk diri sendiri, pastikan buat research sebelum dengar ckp org2 tua yg suh bg baby mkn mcm2.Sian kat baby.




Tuesday, May 1, 2012

Chronology of My Little Prince delivery

Holaa.
Lama x update blog bila ada anak ni mmg jadi super BZ.susah la ada masa nak wat karangan kat blog ni.ni pon curi2 tengok baby dah tido boleh la type2.huhu.It is wonderful being a mother but at the same time need a lot of commitment and strongly be patient with baby's behaviour.aa,.biasa lah tu.awal2 ni mmg kekok la jadi mommy ni.lama2 alah bisa tegal biasa kan.Ok.nak story about my unexpected delivery ni.still mcm mimpi lagi kan dah beranak dah pon..

28th March 2012 (37 weeks 3 days)

Malam tu dari lepas isyak smpai tgh malam sibuk duk wat soalan exam.masih x rasa apa2.duk tekun buat soalan sebab cuba nak siapkan keje2 before beranak kan. Hubby hari tu nak tido awal.biasanya dia tido lewat. I'm still doing my work sampai nak dekat kul 2.00 pagi. 

29th March 2012 (37 weeks 4 days)

ok.keje masih x siap..perut tetiba rasa something..mcm sengugut tu..tp i wat dek ingat normal kot..jadi terus baring sebelah hubby.I try to sleep. But i felt my tummy macam sengugut sangat sampai bape kali bangun gi toilet nak check kenapa asyik sakit je perut..Dalam kepala x terpikir pon nak beranak.Dalam sakit2 tu tengok hubby sedap je lena. I dah gelisah2 tak leh tido.Akibat tak leh tido and rasa sakit perut cam sengugut makin kerap sampai nak baring pon tak selesa. Jadi i pon gerak la hubby.Masa tu kul 5.00 pagi.Kata kat dia yg i x leh tidoo..dia plk ingat i gerak dia suh semayang subuh.huhu.baru kul 5 kot.then, dia suh tido sambil duduk n  menyandar kat badan dia.,tapi tetap i x leh tido.i ckp kt dia nk amik mc la nnti.dia suh p klinik suh check takut la apa2.i decided nak gi klinik kat Telok Air Tawar yang first i gi utk check pregnancy dulu.

Sakit perut makin kerap.dah kul 6 pagi tapi sakit x hilang2 gak.tapi i still gagah semayang subuh.Lepas pray,i bersiap2 ngan hubby nak gi klinik.Sebelum gi klinik i saja rendam akar fatimah tu dulu dalam bekas.Mana la tau berguna nanti. I sempat makan roti sekeping untuk isi perut.Then, hubby bawak la gi klinik tu.Tengok2 klinik tak bukak lagi.Masa tu dah kul 8.00 pagi.I ngan hubby tunggu la situ sambil hubby gi beli lagi breakfast.I lalu makan twiggies je.Tunggu punya tunggu, klinik pon bukak la. Sekali tanya pekerja situ diorang kata doktor mai kol 10 pagi..Adoii..takkan nak tahan sakit tu lama lagi..terus i pikir nak gi Klinik Penawar/dewan bersalin muslimah kat permatang pauh. Sebab situ doktor pompuan.penah gi gak sekali situ,. Sebelum sampai situ pon hubby siap gi isi minyak keta.huhu.mmg tak terpikir sakit nak beranak.bila hubby bwk keta dalam 2 -3 minit sakit tu mesti datang.,i mintak hubby bawak slow2 keta. kalo orang lain yang nak terberanak mesti suh bawak laju2 kan.huhu.

Bila sampai kat klinik tengok kena tunggu lagi nak jumpa doktor..sampai la kul 10 pagi..lama tuu oi!..sian hubby i duk pegang je tangan dia. Bila dapat jumpa doktor, i cakap la mintak doktor tengok nape i sakit perut.doktor tanya dah bape minggu.i cakap ler dah 37 minggu.dia terus suh i baring n kena la seluk utk check bukaan!Dia suh tarik nafas masa dia seluk.nasib x sakit pon..Lepas seluk, doktor cakap .".eh..dah 5 cm ni"...i was like uhhh??  (x percayaa!.terkejut gila kot dah 5 cm)..terus rasa nak balik taiping,hubby siap call Doktor Khairul kat Columbia Hospital tanya agak2 sempat tak kitorg sampai if nak beranak kat taiping.(mind u i stay in penang so nak sampai taiping tu dalam sejam gak).Doktor Khairul kata sempat n kena terus masuk wad kecemasan.Tapi Doktor Hanita yang check i kat klinik tu cakap takut x sempat sebab i macam cepat sangat bukaan.nanti terberanak dalam keta camno?huhu..lepas discuss2 akhirnya decide nak beranak situ je laa..i sebenarnya langsung x ready pon nak beranak.teknik pernafasan pon failed lagi.asyik x ingat je. Doc suh i gi check tekanan darah n jantung baby kat 1 bilik..(*sebenarnya bilik labour room).i mintak hubby balik umah  amik semua air selusuh n air akar fatimah tadi(nasib baik rendam!).. 

Tekanan jantung baby ok.That time dah pukul 11.00 pagi.I rasa2.Doktor Hanita pon datang lagi and seluk lagi utk check bukaan.Dia kata i dah 8 cm tuu..huiii.lagi berdebar2 la i sebab everything so fast!baru je rasa check tadi 5cm kot.mmg x sempat balik tepeng lah..terus diorang ready ngan barang2 untuk deliver.i berdoa sangat hubby cepat la amik barang2 tu.dalam tengah tunggu hubby i call my penyelia petang kat sekolah nak cakap i dah nak terberanak, call my parents untuk minta maaf everything n my MIL too.Lepas  calling2 tu Doktor Hanita pon pecahkan air ketuban.Contraction pon datang sket2.that time hubby pon dah sampai.Sempat la minum air akar fatimah  n air selusuh hubby bawak tu... Nasib baik jugak klinik tu islamic.jadi semua benda tu diorang bagi je bawak masuk,.siap masa i tengah contraction tu nurse2 sapu air selusuh kat perut i.bagus gila.i'm so touched. Tak lupa mintak ampun ngan suami jugak.Genggam erat tangan dia.Contraction mmg sakit!bila datang tu perut rasa bergoyang ke kiri ke kanan.sampai keluar air mata.pegang2 tangan hubby n nurse kat sebelah.hubby tak putus2 bagi semangat..thanks so much dear. Oh..ada satu part tu doktor suh teran.katanya suh teran mcm nak berak tu.i pon teran la ikut cakap dia.i teran2 tapi baby x kluar2 pon.yang dia suh teran tu supaya i berak rupanya!huhuhu.masa tu dah x tau malu dah kot.first time kot hubby tengok.lepas habis je semua isi perut keluar, semua yang ada kat situ suh teran lagi bila ada contraction datang.honestly i memang x pandai langsung teran.practise tarik nafas semua tu tetiba jadi blur.i main teran je sambil ikut arahan diorang.nurse suruh tengok perut kalo masa teran tu n jangan angkat punggung.Tapi i terangkat2 gak la .doktor bape kali tegur masa tu baru tersedar kita dah terangkat punggung. For your information,kat situ sangat islamic  sampai masa i tengah contracion semua akan berzikir doa nabi yunus. masa i nak bersalin tu mmg depan mata besar2 alam poster amalan zikir masa nak bersalin tu.Jadi boleh la baca masa sakit.Mungkin tu salah satu sebab i mudah bersalin.Cuma i x reti teran je..(sedih).Bila dah tengok patient x reti nak teran, doc pon terus la wat episiotomy.tapi i x rasa sakit pon.rasa macam kena toreh je la tapi x sakit.can u imagine?Disebabkan i masih lagi terkapai2 nak teran,.(i dah xde tenaga n nafas pendek2..so doc buat juga vacuum).. . that time ada nurse senior tu tekan gila2 perut i,, i tepis2 tangan dia cakap sakit2!masa tu mmg sakit gila kot.huhuu.Erm..Bila dah vacuum i rasa baby laju gila kluar dari perut.terus rasa kosong perut!hilang serta merta sakit perut tu.Seriously, i felt like dreaming too bila nampak baby.Dengar suara baby nangis rasa suara itu la paling sedap didengar di dunia.Best perasaan tu. Hubby nangis bila i dah selamat bersalin.I'm so touched by you dear..thanks so much.Dia happy sangat la baby dah ada depan mata. 

Lepas baby dah dibersihkan, diorang bawak ke tempat baby.Hubby sempat la amik gambar baby and tunjuk kat i.Still macam mimpi.tengok baby sendiri.hihi.Then, I pon kena la lalui sesi jahit menjahit tu..Sebelum jahit doc n nurse tekan2 perut so everything darah beku boleh keluar..Then, kena la jahit..Sakit ke?Sikit2 lah.Malas nak tanya doc banyak ke jahitan.Doc kata sekejap je dia jahit n dia dah letak bius.so i did not feel the pain..mmg kejap je.So i assume jahitan i sikit,hihi. Selesai je semua nurse pakaikan pad n stokin,barulah i dapat jumpa my lil prince.dah letak nama..Nama yang dipikir2kan time pregnant dulu.. :)

Meet our bundle of joy

Rizqi Aqil Bin Mohd Anis Fadzli
Born on 29th March 2012 at Klinik Penawar/Dewan Bersalin Muslimah 
Time of delivery 12.10pm, Weighing 2.7 kg
Method of delivery normal (vacuum)


We love you so much little prince:)