rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 20, 2012

Berpantang My Way

Nak pantang berapa lama?40 hari, 44 hari, 60 hari or 100 hari?haa.pilihan masing2. My way?i chose 44 days pantang makan2.hee.. mak i kata kalo orang kelate 40 hari je pantang.Ntah.i rasa cam nak pantang 44 hari tu.Tapi i rasa i x la terlalu strict pon makan.tu pon my PIL kata i kuat sungguh pantang.Sebab haritu kan baby Rizqi kena kuning,jadi terpaksa la pantang bagai macam x makan halia, cili2 or rempah2 hangat mcm lada hitam n jamu2 pon x makan la. Demi baby biarla orang nak kata apa.badan mmg nak pakai lama tapi baby adalah segalanya.
I berpantang kat rumah mertua.jadi mmg la kena ikut apa yang dimasak kan.cuma i request tak mo la makan benda2 yg boleh jadi naik kuning. Nasib mujarab gak cara i walaupon lambat.At least turun.Macam2 la petua dipakai.mandi daun inai la,ubat sensei la (yang air warna kuning tu), sengkuang cina la.mcm2..eh..i bukan nak cite pasal kuning ni.huhu.baby dah ok dah.makin gumuk ada. 

Ok ni la antara cara pantangku:

  • Jamu/supplement lepas bersalin: As i posted before, i bought set salindah yang boleh guna masa    ngandung n lepas bersalin. tapi i x makan sangat pon.kena pantang jamu2/ubat masa baby kena kuning.Start makan lepas confirm baby dah ok kuning.makan jamu makcik tukang urut bagi.ada la 3 hari aku makan.pastu mkn salindah balik.
  • Pemakaian luaran:  Untuk luaran i beli Nona Roguy. Serius i love minyak herbanika tu.sekarang still pakai lagi. Masa duduk dalam ward kan pantang cowboy, jadi i guna minyak herbanika tu jadi pilis n sapu kat badan, tapak kaki n etc.memang berangin sedap je pakai.Tungku2 pulak i used tungku moden and tungku besi sumbangan MIL. i tak bertungku selalu.kadang2 tu sekali je tungku.x sempat weh...masa kita nak tungku masa tu la baby nak bangun.masa pantang mmg banyak habis kat baby je...
  • Mandian herba: 2 minggu pertama   mandi air rebusan daun2 khas yang parents i bawak dari kelate.Best gila mandi air rebusan daun.pastu stok habis i beli mandian herba dari izdiharshoppe. senang sebab dah siap bungkus.Rebus dan pakai banyak kali. I still mandi lagi air rebusan ni sampai 60 hari katanya untuk kesan optimum.         
  • Makanan berpantang: Yang ni memang i pantang untuk 44 hari.Tahan dari makan semua benda bergoreng, sejuk dan berangin. Nasik lemak boleh ke makan masa pantang?Aku pantanggg..sebab nak body cepat turun.hihi.Hari2 makan ikan.Hasilnya 2 minggu berat badan dah susut 10kg.OK what.Tapi sekarang dah balun semua kecuali ais. Antara menu masa pantang, ikan selar bakar+ sayur sawi rebus/masak air, ikan siakap bakar or stim, ikan kering masak rasem (sedap kuah), kerabu ulam                                                                                                              buh ikan kering bakar tumbuk . pah suka bagi i makan ikan kering.huhu.orang tua dulu2. Tak lupa jugak i makan sup ikan haruan n ikan yu. Sup ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka dalaman n ikan yu bagus untuk banyakkan susu. sedap gak makan tu. Tapi PIL kata sedih tengok makanan  i makan plain je.huhu.laa.i suka je.sebelum ni pon mmg makan ikan rebus cicah budu pon sedapp apa. Buah-buah i cuma makan epal merah n oren sunkist dan prune .orang kata oren baik untuk sembuhkan luka.Ada sekali je makan cheesecake nak jaga hati MIL punya birthday.huhu.tengok takda apa pon jadi.Anak sulung orang kata kena cuba dulu tengok macam mana.
  • Bengkung: Pakai hari-hari.tapi bila dah sebulan dah mula start malas.haha.tapi pakai la jugak smpai 44hari.Bengkung untuk kempiskan perut kan n naikkan peranakkan. Tukang urut tu kata peranakan i dah ok tu yg i rasa x apa. Tapi dia mmg bising aa suh i pakai setiap masa kecuali gi mandi je.lecehhh..
  • Milk booster: minum horlicks hari2 n makan kurma+madu. Mula2 i minum milo tapi ada orang cakap minum milo bleh sebabkan sembelit?eh..mak i minum ok ja.,tapi cuba gak la tips tu.

Tu ler antaranya. Tapi yang i tension lepas bersalin ni payahhh benor nk membuang..haha.ckp pasal sembelit plak.jangan geli sebab ini memang kita kena hadapi masa berpantang.tensionnn ok..!plak tu kita tak boleh nak suka hati teran2.ada luka jahitan tu kan. i depend kat ubat jer.takut.yg bukan jenis makan  tapi jenis cucuk kat butt.takut kena efek baby.kan.boleh menangis berjam dalam toilet kalo ada masalah tu..huhu,tapi sekarang i dah jumpa penawarnya...sebab dah abih berpantang ni i cuba makan phytonatal nona roguy tu.berkesannn!x efek kat baby yg breastfeeding.Okla..lain orang lain cara pantang.This is my way.x la strict sangat.:p


       

8 comments:

CikNaa said...

pergh! ciknaa tgh mengalami masalah sembelit yg sangat2 parah skrg ni.mula2 bersalin oke je.dlm minggu ke3,4 ni mula jadi sembelit.ingatkan milo, tp mula2 minum ok je. rasa sbb madu kot.. mmg tiap2 hari nak nangis bl dlm toilet :(

ReYNa said...

haha.tu la.tension sungguh bila nak masuk toilet kan.cuba makan nona roguy tu kot2 mujarab.

LisaLisut said...

ofismate i dia pn susah nk membuang air besar.dia minum innershine prune tu sbb doctor yg suggest n alhamdulillah dia senang membuang lepas tu hehe

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal berpantang … sharing is caring :) - Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

~lonelyna~ said...

sama juga..masa minggu2 awal pas bersalin, siap nangis tau sebab tak bley nak buang air besar...husband belikan ubat sensei jenis pil. tapi efek dia, sampai berpeluh2 satu badan bila nak membuang. nanti nak try ubat nona roguy pula...:)

thisisfarhana said...

hehehe. i alhamdulillah lps beranak xde masalah sembelit. berak macam biase.. cuma ms mula2 nk buang tu trauma skit sbb byk jahit kan.. so cm takot2. berak pun siap tahan2. tp tgk2 ok je.. hihihi. eh.. i aft 2 weeks tu pn turun 10kg.. tp ye la badan i naik smpi 20kg.. kene turun kan lagi la... huhu

hana yoriee said...

h ah..teringat mama hana ckp..kalo org kelate pantang 40hr je.. =)

hihi..hana pun turun lebih 10kg..tp tu laa..still lg tak sekurus mcm sblm preggy. tmbah lg hana ni tak berbengkung sbb czer..tang perut tu tension sket..hoho

ReYNa said...

lisa: i x minum innershine tp makan sunsweet prune tu trus.huhu.kdg2 menjadi gak kat i.hihi

armouris: oh.ada tgk tu:)

lonelyna: haa.,try nona roguy tu kot mujarab.ramai kata bagus tu yg i cuba gak

fana: i lebih kepada takut nak berak.hahaha.,,tu rasa cam sembelit.ha;ah.u naik badan sesangat,tapi kalo breastfeed cepat turun berat badan:)

hana: hihi.tu la org kelate 40 hari je.i think mmg agak susah sket nak balik ke bentuk asal before preggy sbb kena makan bnyk untuk breastfeed kan.ni turun 10kg tp duk tang tu gak sbb kena makan banyak.nasib berat badan time preggy x naik sangat