rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 1, 2012

Chronology of My Little Prince delivery

Holaa.
Lama x update blog bila ada anak ni mmg jadi super BZ.susah la ada masa nak wat karangan kat blog ni.ni pon curi2 tengok baby dah tido boleh la type2.huhu.It is wonderful being a mother but at the same time need a lot of commitment and strongly be patient with baby's behaviour.aa,.biasa lah tu.awal2 ni mmg kekok la jadi mommy ni.lama2 alah bisa tegal biasa kan.Ok.nak story about my unexpected delivery ni.still mcm mimpi lagi kan dah beranak dah pon..

28th March 2012 (37 weeks 3 days)

Malam tu dari lepas isyak smpai tgh malam sibuk duk wat soalan exam.masih x rasa apa2.duk tekun buat soalan sebab cuba nak siapkan keje2 before beranak kan. Hubby hari tu nak tido awal.biasanya dia tido lewat. I'm still doing my work sampai nak dekat kul 2.00 pagi. 

29th March 2012 (37 weeks 4 days)

ok.keje masih x siap..perut tetiba rasa something..mcm sengugut tu..tp i wat dek ingat normal kot..jadi terus baring sebelah hubby.I try to sleep. But i felt my tummy macam sengugut sangat sampai bape kali bangun gi toilet nak check kenapa asyik sakit je perut..Dalam kepala x terpikir pon nak beranak.Dalam sakit2 tu tengok hubby sedap je lena. I dah gelisah2 tak leh tido.Akibat tak leh tido and rasa sakit perut cam sengugut makin kerap sampai nak baring pon tak selesa. Jadi i pon gerak la hubby.Masa tu kul 5.00 pagi.Kata kat dia yg i x leh tidoo..dia plk ingat i gerak dia suh semayang subuh.huhu.baru kul 5 kot.then, dia suh tido sambil duduk n  menyandar kat badan dia.,tapi tetap i x leh tido.i ckp kt dia nk amik mc la nnti.dia suh p klinik suh check takut la apa2.i decided nak gi klinik kat Telok Air Tawar yang first i gi utk check pregnancy dulu.

Sakit perut makin kerap.dah kul 6 pagi tapi sakit x hilang2 gak.tapi i still gagah semayang subuh.Lepas pray,i bersiap2 ngan hubby nak gi klinik.Sebelum gi klinik i saja rendam akar fatimah tu dulu dalam bekas.Mana la tau berguna nanti. I sempat makan roti sekeping untuk isi perut.Then, hubby bawak la gi klinik tu.Tengok2 klinik tak bukak lagi.Masa tu dah kul 8.00 pagi.I ngan hubby tunggu la situ sambil hubby gi beli lagi breakfast.I lalu makan twiggies je.Tunggu punya tunggu, klinik pon bukak la. Sekali tanya pekerja situ diorang kata doktor mai kol 10 pagi..Adoii..takkan nak tahan sakit tu lama lagi..terus i pikir nak gi Klinik Penawar/dewan bersalin muslimah kat permatang pauh. Sebab situ doktor pompuan.penah gi gak sekali situ,. Sebelum sampai situ pon hubby siap gi isi minyak keta.huhu.mmg tak terpikir sakit nak beranak.bila hubby bwk keta dalam 2 -3 minit sakit tu mesti datang.,i mintak hubby bawak slow2 keta. kalo orang lain yang nak terberanak mesti suh bawak laju2 kan.huhu.

Bila sampai kat klinik tengok kena tunggu lagi nak jumpa doktor..sampai la kul 10 pagi..lama tuu oi!..sian hubby i duk pegang je tangan dia. Bila dapat jumpa doktor, i cakap la mintak doktor tengok nape i sakit perut.doktor tanya dah bape minggu.i cakap ler dah 37 minggu.dia terus suh i baring n kena la seluk utk check bukaan!Dia suh tarik nafas masa dia seluk.nasib x sakit pon..Lepas seluk, doktor cakap .".eh..dah 5 cm ni"...i was like uhhh??  (x percayaa!.terkejut gila kot dah 5 cm)..terus rasa nak balik taiping,hubby siap call Doktor Khairul kat Columbia Hospital tanya agak2 sempat tak kitorg sampai if nak beranak kat taiping.(mind u i stay in penang so nak sampai taiping tu dalam sejam gak).Doktor Khairul kata sempat n kena terus masuk wad kecemasan.Tapi Doktor Hanita yang check i kat klinik tu cakap takut x sempat sebab i macam cepat sangat bukaan.nanti terberanak dalam keta camno?huhu..lepas discuss2 akhirnya decide nak beranak situ je laa..i sebenarnya langsung x ready pon nak beranak.teknik pernafasan pon failed lagi.asyik x ingat je. Doc suh i gi check tekanan darah n jantung baby kat 1 bilik..(*sebenarnya bilik labour room).i mintak hubby balik umah  amik semua air selusuh n air akar fatimah tadi(nasib baik rendam!).. 

Tekanan jantung baby ok.That time dah pukul 11.00 pagi.I rasa2.Doktor Hanita pon datang lagi and seluk lagi utk check bukaan.Dia kata i dah 8 cm tuu..huiii.lagi berdebar2 la i sebab everything so fast!baru je rasa check tadi 5cm kot.mmg x sempat balik tepeng lah..terus diorang ready ngan barang2 untuk deliver.i berdoa sangat hubby cepat la amik barang2 tu.dalam tengah tunggu hubby i call my penyelia petang kat sekolah nak cakap i dah nak terberanak, call my parents untuk minta maaf everything n my MIL too.Lepas  calling2 tu Doktor Hanita pon pecahkan air ketuban.Contraction pon datang sket2.that time hubby pon dah sampai.Sempat la minum air akar fatimah  n air selusuh hubby bawak tu... Nasib baik jugak klinik tu islamic.jadi semua benda tu diorang bagi je bawak masuk,.siap masa i tengah contraction tu nurse2 sapu air selusuh kat perut i.bagus gila.i'm so touched. Tak lupa mintak ampun ngan suami jugak.Genggam erat tangan dia.Contraction mmg sakit!bila datang tu perut rasa bergoyang ke kiri ke kanan.sampai keluar air mata.pegang2 tangan hubby n nurse kat sebelah.hubby tak putus2 bagi semangat..thanks so much dear. Oh..ada satu part tu doktor suh teran.katanya suh teran mcm nak berak tu.i pon teran la ikut cakap dia.i teran2 tapi baby x kluar2 pon.yang dia suh teran tu supaya i berak rupanya!huhuhu.masa tu dah x tau malu dah kot.first time kot hubby tengok.lepas habis je semua isi perut keluar, semua yang ada kat situ suh teran lagi bila ada contraction datang.honestly i memang x pandai langsung teran.practise tarik nafas semua tu tetiba jadi blur.i main teran je sambil ikut arahan diorang.nurse suruh tengok perut kalo masa teran tu n jangan angkat punggung.Tapi i terangkat2 gak la .doktor bape kali tegur masa tu baru tersedar kita dah terangkat punggung. For your information,kat situ sangat islamic  sampai masa i tengah contracion semua akan berzikir doa nabi yunus. masa i nak bersalin tu mmg depan mata besar2 alam poster amalan zikir masa nak bersalin tu.Jadi boleh la baca masa sakit.Mungkin tu salah satu sebab i mudah bersalin.Cuma i x reti teran je..(sedih).Bila dah tengok patient x reti nak teran, doc pon terus la wat episiotomy.tapi i x rasa sakit pon.rasa macam kena toreh je la tapi x sakit.can u imagine?Disebabkan i masih lagi terkapai2 nak teran,.(i dah xde tenaga n nafas pendek2..so doc buat juga vacuum).. . that time ada nurse senior tu tekan gila2 perut i,, i tepis2 tangan dia cakap sakit2!masa tu mmg sakit gila kot.huhuu.Erm..Bila dah vacuum i rasa baby laju gila kluar dari perut.terus rasa kosong perut!hilang serta merta sakit perut tu.Seriously, i felt like dreaming too bila nampak baby.Dengar suara baby nangis rasa suara itu la paling sedap didengar di dunia.Best perasaan tu. Hubby nangis bila i dah selamat bersalin.I'm so touched by you dear..thanks so much.Dia happy sangat la baby dah ada depan mata. 

Lepas baby dah dibersihkan, diorang bawak ke tempat baby.Hubby sempat la amik gambar baby and tunjuk kat i.Still macam mimpi.tengok baby sendiri.hihi.Then, I pon kena la lalui sesi jahit menjahit tu..Sebelum jahit doc n nurse tekan2 perut so everything darah beku boleh keluar..Then, kena la jahit..Sakit ke?Sikit2 lah.Malas nak tanya doc banyak ke jahitan.Doc kata sekejap je dia jahit n dia dah letak bius.so i did not feel the pain..mmg kejap je.So i assume jahitan i sikit,hihi. Selesai je semua nurse pakaikan pad n stokin,barulah i dapat jumpa my lil prince.dah letak nama..Nama yang dipikir2kan time pregnant dulu.. :)

Meet our bundle of joy

Rizqi Aqil Bin Mohd Anis Fadzli
Born on 29th March 2012 at Klinik Penawar/Dewan Bersalin Muslimah 
Time of delivery 12.10pm, Weighing 2.7 kg
Method of delivery normal (vacuum)


We love you so much little prince:)

12 comments:

Baiduri said...

tahniah... beznye, mcm mudah je b'salin...hope sye pon camtu gak =)... ameen

hana yoriee said...

Auw..assalamualaikum rizqi. Comelnya la hai.. Berat rizqi lbh kurang aisy. Aisy 2.8kg ms lahir.. :-)

Lara is me said...

tahniah.alhamdulilah,mudahnye u bsalin kn...rezeki u....comel baby

celebration of love said...

Cutenyee bby u... Tahniah...

celebration of love said...

Cutenyee bby u... Tahniah...

NoRr said...

once again, congrats ya reyna...kalau i tau u besalin kt situ hari tu, mst i pegi melawat..dekat sgt2 dh umah mak i dgn muslimah tu..heheh... happy motherhood~

ReYNa said...

baiduri: thanks dear.insyaAllah mudah bersalin kalo kita berdoa:)

hana: wsalam auntie hana(baby jawab salam).hihi.oh.lebih krg ek berat bb kite

lara: alhamdulillah mudah bersalin..hihi.thanks dear

allene:thanks dear:)

noRr: thanks norr,eh.umah dkt permatang pauh ek?hihi.baru tau.tp suka g situ gak mkn char kue teow

PUAN THALHA : said...

Alhamdulillah. dah selamat semuanya. baca pengalaman ryna, teringat pengalaman bersalin kite. huhu. memang di fikir sakit tapi apalah nak di bandingkan dengan kelahiran baby kan? :)

♥♥relyza♥♥ said...

anor lambat tau reyna dah jadi mommy!
congrate dear!

humairasyid said...

salam..

blh bgtau kos bsalin kt situ..thanks

ida said...

salam..tahniah slmt bersalin, sy bercadang nk bersalin di DBM jg nt, due date 10 jan 13..ok ke kat situ, bc pnglaman u mcm ok jer..brapa charge u kena?

ReYNa said...

Sorry all i baru tgk comment kat entry ni.to those yg nak tau charge harga i kena,fyi i kena dlm 1800 sbb kena vacuum.vacuum tu dlm rm200.so lebih krg rm1600 la.ok sy suka beranak ctu coz islamic.semua pompuan.try gi survey:-)