I dah buat review and kaji apa yang sesuai untuk ibu2 bekerja.. macam2 pilihan tapi yang top 3 dalam pilihan ialah:
1) Medela freestyle
2) Ameda Lactaline Dual breastpump
3) Medela Swing
Nape i pilih 3 di atas?boleh tengok juga entry adik iparku, fana. Dia pon sama la tengah cari breastpump yang the best and sesuai dengan bajet. Mari tengok apa yang sepatutnya every m2b should take note when you are searching for a better breast pump:-
1)Bajet
-Of course bajet jadi keutamaan. Bagi orang yang ada lebih rezeki jadi tak ada masalah tentang hal ini. Bagi aku, pada tahun ini nak sambut baby n kena bayar rumah yang bakal siap thn dpn.Banyak kekangan juga tapi aku percaya pada rezeki anak.
-Ada sesetengah blog i baca just guna tangan saja utk expressed susu.Kalo breastpump tu sebagai alat pembantu sahaja. Ada lagi satu ramai jugak suka pakai manual breastpump. Ianya lebih murah berganda-ganda tapi kena lama sikit la kalo nak pump susu kan. Untuk orang yang nak sentiasa cepat macam i x boleh la..huhu
-Doublepump electric ada pelbagai jenis. Kalo yang paling popular and boleh buat macam2 keje smbil pump sudah tentu medela freestyle. tapi harganya buat i senyum kelat. tgk nanti walaupon ianya mmg idaman. Yang kedua popular ialah spectra 3.Ramai orang suka pakai ini sebab dia murah.Rata-rata i blogwalking tengok mmg ramai yang pakai.Pump boleh dapat dalam RM400-600 tengok pakej. Kalo Ameda Lactaline dalam RM700-900. Yang ni x semua tahu brand ni tapi dia popular kat overseas. Suction x sakit and kelebihannya susu tak akan flow masuk ke tiub seperti jenama lain. kira very hygiene la.
-Kena sentiasa ingat pam mahal x semestinya menyebabkan susu keluar banyak,ia cuma memudahkan sahaja.Paling penting jangan tension or stress barulah kita akan selesa untuk mengepam.
2) Ilmu
- Perlu ada ilmu tentang penyusuan. Macam i banyak baca kat blog orang. x sempat pergi kursus lagi sbb selalu kursus kat penang asyik clash dengan time i takda.Kena banyak tanya dengan orang la gini especially otai2.
-Makan dan minum kena berkualiti. Susu berkualiti menyebabkan anak akan dapat cukup khasiat:)
Boleh google makanan2 yang boleh menambah susu badan. I tengok my friend makan fenugreek.
3) Situasi kerja
-Kalo kerja banyak dan nak cepat, baiklah beli doublepump. Orang kata doublepump lebih stimulate pengeluaran susu dan boleh kosongkan breast dalam satu masa sambil buat kerja.Jadi i rasa penting beli yang double punya.
- Wanita yang selalu on the go, kerja banyak travel n pergi ke sana ke mari, pilihan yang baik adalah jenis portable dan ringan. Mudah untuk dibawa. Mcm i keje cikgu, x bnyk travel tapi kalo cuti bnyk gak travel..hihih. kalo blk umah kena buat kerja juga walaupon kerja setengah hari.
-If tempat kerja yang takde port elektrik, disarankan beli pam manual or beli yang boleh pakai jugak bateri macam medela swing/ameda. Kena beli la bateri spare untuk itu.
4) Suka jenis pam manual atau pam elektrik
- Ada orang cakap pam manual bleh sebabkan nipple sakit. Tapi ada juga kata tak sakit.malah lebih banyak susu keluar berbanding pakai elektrik...
-Ada orang suka pakai elektrik sebab senang, jimat masa dan tak lenguh tangan nak pump. (ini kategori i yang mmg suka kerja senang)
5) Boleh guna sampai bila?
-Kalo rasa nak ada baby lagi lepas ni mmg worth beli yang betul2 puas hati. Kalo anak yang dah ketiga, keempat gitu rasa2 macam better beli yang x mahal sgt.huhu
Ok.Jadi apa pilihan breastpump yang terbaik?
Terpulang kepada kita, pilih mana yang kita suka dan mampu..:)
Pilihan breastpump idamanku: