rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

Maternity toothpaste

I knew about this maternity toothpaste after i saw the advertisement in Pa & Ma. Tak penah tau plak yg fluoride x bagus utk ibu mengandung.jadi hari ahad haritu pi buy kat jusco bahagian farmasi tu.

why pregnant women must avoid using fluoride toothpaste?
i found useful blog yang story pasal pureen maternity toothpaste ni..i copy paste dari ini : viaemma

Kenapa tidak kepada fluorida?

Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

Kenapa tidak kepada lauril sulfat?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

Kenapa tidak kepada Sakarin?

Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.Ubat gigi ini juga mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.


Apa kelebihan Kalsium dan fosfat?


Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.


Apa kelebihan Xylitol?


Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.


Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-


  1. Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
  2. Merangsang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.
Apa kelebihan Sodium Lauroyl Sarcosinate?

Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.


2 comments:

PUAN THALHA : said...

hari tu kite ternampak gak iklan ni, memang cadang nak beli tapi ingatkan sebab nak elak gusi berdarah. rupanya banyak lagi keburukkan guna ubat gigi biasa ek. btw, tq so much for this info!

ReYNa said...

welcome.tu aa.x tau plk selama ni duk pakai je ubat gigi biasa.lps baca je iklan tu trus g beli maternity toothpaste ni.lgpon tg pregnant tu yg cuba elak benda2 yg x elok sgt