rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

16 weeks?WOwww!


Holaaa!!!

Uh ohhh..i'm already 16 weeks?wow..cam kejap kan.muahaha.lagi 5 bln nak menghadapi nih.dah la makin lama makin x update blog.angin malas sentiasa ada.ok.ni nak update cket la a few stories.,.On Saturday, me and hubby went to KPJ bandar Perda (Penang Specialist Centre) and met Dr Fawziah.Rasanya dia sorang je kot dr melayu utk gynae kat seberang nih.Saja gi consult ngan dia n scan baby sekali. Pegi hari Sabtu mmg ramai org kat KPJ nih,agaknya sebab ramai cuti jadi senang nak jumpa dr.

Okie.dapat dah jumpa dr fawziah n dah survey sket harga yg mungkin akan kena kalo nak deliver kat situ.dalam tangan mesti ada 5k la kan.tu kalo normal.,sbb deposit je die tulis rm2500.(gulp)..demi baby.i will try to survey the best. Kat KPJ siap ada 4D lagi.mula tu i told them i wanna scan yang biasa je.tup2 doktor wat gak la 4D.tapi mmg best la tgk baby dlm perut tu.baby malu sket die tunduk je ke bawah,haha.cuma dr fawziah ckp yg masa scan tu my baby ni usia die 5 weeks 6 days..tp bila scan nmpk besar sikit saiznya.mcm saiz 17 weeks..(uhhhh ohhh...risau baby besau)..tapi dr ckp its ok.dun worry much,..ok..dlm hati nak salahkan minum susu anmum kot.(depa kata sbb maybe minum susu anmum..ish.,x tau ler..)..sebenarnya ikut nasib badan kan.hopefully baby ok n sihat sempurna n paling penting juga mama nih boleh push baby masa deliver dgn senang.hihi.Semua org nak beranak normal kan. Bila dah abis consult n scan dr said our next appntmt is on 7th Jan 2012.Tgk apa jadi nnti.wahh,,excited!..tapi bila bab bayar...jadi mood :((..huhu..haah..amik ko reynaa nak sgt gi private..kan kena melayang ratus2.(takpa2..demi baby..)

Ramai kwn ckp bila ada anak nnti tentu kita x akan pikir utk diri sendiri dah,pikir nak spend untuk anak je.adoi..x leh shopping merapu2 dah,ni pon dh berjimatt ooo..Tapi masa gi jln2 sorang2 aritu lps byr keta terjumpa pulak kedai buku.Dah lama x buy book yg berpengetahuan jadi gi masuk n buy 2 books..Special for pregnant women!sukeeeeee...Let me show u what i bought..useful for first time preggy yg excited like me.:))

The books which is good for me mengisi masa lapang yang x berapa lapang

Ni buku diari hamil siap boleh conteng2 lagi apa yg kita nak tulis.I also paste my baby pics in this diary.Therefore, in future i can show it to my baby. Diari ni dibahagikan kpd 3 trimester.siap details perkembangan ur baby.bought this book time 2nd trimester.tapi buh gak gmbar scan masa mula2 dulu in every weeks yang kita rasa sesuai ..senang kan:p








Thursday, October 20, 2011

Good hospital to deliver?

Now i'm confused..reallyyy..where to deliver my baby next year?in my mind i want to do it at my kampung but it is a bit far for me to travel.If any case happen, the hospital will send the patient to KB!oh,..k.krai-kb..it takes about 1 hour to reach there.Hence, there is no specialist in krai..only in KB. hmm..Before that terpikir kat taiping.My mother in law pon ok.But my mother is willing to take care of me during my confinement. Lagipon dia tak keje jadi mesti bleh jaga nanti. Kalo my mother in law keje pulak. So after pikir pros and cons, i decided to deliver in penang.Cumaa??My current house where i'm staying right now is not so comfort for me. discuss2 dgn parents akhirnya proceed jugak la idea utk beranak kat sini.jd bakal baby akan dpt plat penang.hihi.

just to ask everyone here orang penang especially yang tahu hospital yang ok kat penang yang belah seberang ni sila inform kepada sy.I'm really need you help. Sudah survey kat tenet a few good choices but still need to do the right decision.

A few good hospitals here:

1. Bagan Specialist
2. KPJ Penang Specialist Centre, Bukit Mertajam
3. K. S. Wan & Liow Specialist Maternity
4. Klinik Penawar ( Dewan Bersalin Muslimah) kat Permatang Pauh - yang ni pompuan je tapi syg takde specialist

Why i chose all specialist and only one without specialist?sbb x berani lagi gi hospital kerajaan.tggu ada pengalaman 1st dulu baru berani kot.ni nak beranak pon dah seriau.Hopefully, everything is going to be fine.doakanye..

Orang kata lebih baik pilih hospital yang ada doktor pompuan tapi kalo dah kebanyakan hospital ni doktor laki yang conquer camno?mak i kata dah nak wat camna.terdesak tak apala.asal semuanya selamat.hmmm....

Sweet birthday

Its my 27th birthday..

Semakin hari semakin tua.huhu.entry ni patutnya dibuat 14 oktober lepas.tapi ye la sebab dah ngandung ni angin malas makin menjadi2.jadi i cuma suka blogwalking je n tgk benda menarik kat blog orang.haha.hari ni sbb malas wat keje jadi boleh la update sket blog ni..celebrate my birthday ni pon kat secret recipe..why?of course la sedap kek nya ..before that i was like teringin baskin robin, tapi sbb bajet n macam x kenyang je mkn ice cream jadi dinner+celebrate birthday tu disambut kat secret recipe.hihi..anyway..i love my hubby's card.tapi x tunjuk la sini sbb special gitu.haha.paling suka his handwriting.lagi comel berganda2 dari tulisan i.walaupun i am a teacher tp tulisan i mcm doktor.haha..ok.meh tengok la apa yang best sgt kitorang suka makan kat secret recipe ni.



Caribbean fish
Super sedap






Nyum2x..my all time favourite cake..choc cheese


Thank you hubby ingat my birthday n belanja mkn!muahhh!



Thursday, September 22, 2011

Tips cepat hamil

adoi...still teringat2 kat arwah noni sayang.Ya Allah.My father said after i deliver my baby next year he will find a new cat for me.adoiii papa.mana nak sama ngan noni.tapi takpalah.ini dugaan bagi orang mengandung.Kesian kat baby x dpt jumpa arwah noni,..emm..thanks for all my friends yg sudi bagi kata semangat.N i love the words from my mother in law in Fb.."so sorry to know about this. mak baru tahu ptg tadi. ada hikmahnya. you have been very good to her, taking care of her just like a baby. Insyallah, Allah will replace a better one for you ~ a baby of ur own. "

Hopefully, when time flies i will become better. Ni pun dah semakin ok.badan pon dah naik.perut dah buncit sket.mmg kalo dah 10 minggu perut mcm buncit sket ek?terasa keketatan baju kurung modenku.

Today nak cerita sket pasal mcm mana i n husband berusaha utk dapat baby.nak bg sikit tips kepada kawan2 yang still berusaha,takpa.usaha tangga kejayaan. (faten..sila baca ni).We were married last year on 11 June 2010. I got pregnant on July 2011. So dalam setahun jugak la kan nak berjaya.Tapi nak ikutkan sebenarnya i baru berusaha tahun ni.sbb last year still duk berjauhan lagi.I duk kat klang yg hubby plak Penang,.Tahun ni kira kami ready and stable to become a good parent.

Kepada orang yang masih belum pregnant walaupun dah berusaha bagai tapi x dpt anak lagi jangan cepat putus asa,harapan masih ada!Rezeki Allah yang bagi.Kalo ada orang cakap buruk2 n kata mcm2 contohnya mandul la, sbb bela kucing la n etc korang jgn sesekali amik peduli. Bukan diorg yang bagi anak kat kamu. Hanya Allah tempat kita memohon zuriat. Macam i bela kucing pon dapat jugak pregnant.sbb i'm confident that rezeki tuhan bagi.n kucing pula doakan rezeki utk kita.(this is my opinion n based from my true experience..kalo nak bantah tlg diam je la ye..:)

Antara usaha2 yang i buat utk persediaan mengandung terutama dari segi pemakanan:
  • tak minum air bergas (semua jenis termasuk soda)
  • tak makan McD, KFC, Pizza Hut, n semua jenis fast food.tapi kalo termakan sesekali x apa
  • tak makan junk food
  • banyak makan sayur hijau n buah2..(minta husband pon makan selalu)
  • tak makan asam boi/jeruk/asam2 dan sewaktu dengannya..(duk png ni syurga jeruk2 tapi i kena tahan godaan)
  • Makan folic acid (i makan sebulan je terus pregnant)
  • tak makan jambu batu (x tau kenapa x boleh tapi i tetap cuba tips tu..sebelum ni gila jambu batu..kalo singgah R&R mesti nk buy..pastu stop..skang je mkn blk sbb dh pregnant:))
  • minum susu (tapi kadang2 je minum..huhu)
  • Cuba petua minum air rendaman kacang hijau :

    1. Ambil segenggam kacang hijau.
    2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
    3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
    4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
    5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
    6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
    7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

    (i amalkan seminggu je..pastu mmg mujarab lah..rasanya sbb kacang hijau yang baru tumbuh anak taugeh tu ada hormon progesteron)


  • Banyak makan taugeh jugak ( i makan raw..wat ulam)
Bagi amalan doa untuk cepat mengandung pula:

  • Baca Asmaul Husna (baca yg hadiah/sourvenir masa i kawen dulu). Amalkan baca Al- Musowwir (Maha menciptakan). Untuk suami baca juga Ya Awwal ( maha memulakan) dan Ya Muta'ali (Maha suci /terpelihara)
  • Baca Al-Quran
  • Berdoa setiap kali lepas solat minta kurniakan anak.Allah pasti mendengar.
p/s: Ada lagi tips lain tp under 18 sx la.takpa.tanya la org yang lebih berpengalaman dlm hal ni.Jangan lupa kuatkan lah semangat jgn putus asa n try la tips2 sy bg ni.Kalo x dpt juga sebenarnya Allah nak uji kita.Jadi bersabarla.USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Tuesday, September 20, 2011

Maternity toothpaste

I knew about this maternity toothpaste after i saw the advertisement in Pa & Ma. Tak penah tau plak yg fluoride x bagus utk ibu mengandung.jadi hari ahad haritu pi buy kat jusco bahagian farmasi tu.

why pregnant women must avoid using fluoride toothpaste?
i found useful blog yang story pasal pureen maternity toothpaste ni..i copy paste dari ini : viaemma

Kenapa tidak kepada fluorida?

Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

Kenapa tidak kepada lauril sulfat?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

Kenapa tidak kepada Sakarin?

Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.Ubat gigi ini juga mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.


Apa kelebihan Kalsium dan fosfat?


Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.


Apa kelebihan Xylitol?


Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.


Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-


  1. Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
  2. Merangsang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.
Apa kelebihan Sodium Lauroyl Sarcosinate?

Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.


Thursday, September 15, 2011

Sepi tanpa Noni (hanya orang yang sayang kucing memahami perasaan ini)

Dah 4 hari Noni dah meninggalkan diriku.Mmg sepi, sunyi.Kalo masa sekarang ni dia ada dah tentu dia akan menemaniku surf internet macam ni..Mana2 bahagian rumah ni mesti teringat kat Noni. especially lepas sembahyang.sebab Noni akan hari2 teman kita sembahyang.dia akan tengok kita berdoa. Mesti noni berdoa untuk tuannya juga kan.. Lepas pray mesti aku akan usap kepalanya tanda terima kasih kerana tolong berdoa.

Sebelum pregnant ada beberapa orang cakap kalau bela kucing susah dapat anak.I was like oh..ok.But.i never believe that. sebab kucing murahkan rezeki kita. Soal anak itu adalah ketentuan tuhan.takda kaitan dengan kucing. Kalo kucing pembawa penyakit takkan pula kucing menjadi haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi aku tetap memegang kucingku seperti biasa n membelainya. X sanggup nak buang kucing.Noni dah jadi peneman sejak tahun ini.Mmg terasa kesepian takdanya.walaupun dia kurang mengiau tapi setiap perbuatannya mmg sangat terkesan kat hati ini. Bila disahkan pregnant, noni seperti tahu akan ada orang baru dalam hidup kami. Jadi sebelum ini kebiasaannya potty dia aku uruskan. Apabila pregnant dia sudah pandai membuang di luar, seperti mengerti dia tak mau menyusahkan tuannya.

Kebiasaannya noni mmg kami lepaskan sbb dia suka keluar untuk jalan2. Tapi baru2 ni di dpn rumah tetiba ada anjing yg baru kena buang suka kejar noni. Sampai sekarang even noni takda anjing tu mesti nak datang dpn rumah, geram sgt sbb dialah penyebab noni takda..

Kejadian pada hari selasa, 1.00 pagi lebih kurang. Mmg x boleh dilupakan.. bunyi kereta yg kuat tiba2 mmg selalu jadi kerisauan. Jadi pergi intai di tingkap. mmg sah nmpak ada kereta wira tiba2 pusing balik bwk laju sgt. Terus aku bukak pintu n nampak noni tercungap2 n nmpk sgt sakit. Aku tgk di seberang jln nmpak kucing belang yg suka kejarnya juga.tapi n then nmpak anjing itu!!!mmg sah dia kena kejar ngan anjing tu n mesti masa noni tgh larikan diri kena langgar ngan kereta. kereta tu cina bawak.mungkin dia takut sbb langgar kucing then terus pusing balik. terus panggil my hubby n ayah. Mata dah mula berair tgk noni mcm sakit sgt."noni..kenapa mcm ni..."noni pandang ngan mata sdg tahan sakit..takda darah setitik pon .mesti noni injured bahagian dlm. nmpak basah sekeliling dia sbb dia terkencing.Aku dah meraung dah x boleh tahan tgk dia sakit mcm tu.ayah mintak hubby bwk aku ke bilik jgn bg tgk noni tgh nazak.Lagipon masa ni tgh mengandung. kat bilik hubby cuba tenangkan aku.n then dia turun teman noni pulak smpai la dia menghembuskan nafas terakhir. aku pergi juga turun x tahan nak tgk jugak noni kali terakhir. aku menangis lagi smbil pegang noni.macam x percaya dia dh mati. sejuk badannya. sedihh sgt.

Noni ditanam di kwsn rumah kami.takut kalo tanam kat luar for sure anjing akan korek. jadi setiap hari smpai skang mesti aku akan tgk kubur noni.masih merah lg.hati mmg sebak.Esok pagi mama call. kami sama2 menangis noni dah takda dlm hidup kami.tak ada kucing yang very special mcm noni. mungkin Allah nak menguji hambanya sejauh mana aku akan mengingatinya. Mmg aku perlukan masa. Kesedihan terlampau ini akan cuba atasi. Tapi mana mungkin aku akan lupakan noni, kucing yang setia menemaniku.Sepi sekarang rumah ini..

Noni masa kecik2

Noni suka tido mcm ni

Masa bulan puasa dia suka geselkan muka kat kaki.nak perhatian

Noni letakkan kepalanya di peha kita untuk tunjuk how much she loves me...sekarang dah tak ada..Allah lebih menyayanginya

p/s: tengah menaip ni air mata tetap keluar..Ya Allahh..kuatkanlah hatiku


Tuesday, September 13, 2011

Sepi tanpamu

tajuk entry ini ada kisahnya.tapi i x mampu nak tulis hari ini..kesedihan yang terlampau sampai x ada mood segalanya.hopefully baby dalam perut sihat sebab mama bnyk sgt nangis dah...minta maaf baby.mama x boleh tahan

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya U olss!

OH..Tahun ni beraya di taiping kampung hubby.last year dah raya kat kelate.jadi kena ikut giliran la kan.balik kelate pulak raya kedua la.huhu.ini first time time in my life kena raya jauh tapi takpala asal boleh gak balik kan.

p/s: Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini.Lagu ni khas untuk semua:)




Saturday, August 20, 2011

Pregnancy week 5

Its been 5 weeks already.I started to feel the glories of morning sickness but not so bad.just feeling like i had that something yucky in my throat. macam nak muntah tapi x dpt muntah.sampai pening because i could not vomit.Especially after i drink the milk .urgh..I know that nausea and vomitting are common sign of pregnancy and begins around 6th week of pregnancy. I know i'm lucky considering that some women are throwing up constantly.I just feel to throw up too tapi x dpt and badan angin kalo minum susu.kalo orang lain ada yang dah muntah2 sampai nak kena tido je. As for me..bab tido i could not avoid.bukan malas tapi badan rasa nak baringg jee..(abih la x buat kuih raya)..Ok..Actually i want to share about what i felt during this pregnancy.

After i began to spread the news of that i'm officially pregnant, people asked how i was feeling, "bersyukur sangat" i'd tell them.Its a gift from Allah and i want to make my hubby happy.But at the same time i'm nervous too.Why?Because having a baby is a longlife commitment and i'm scared of labour time.(yeah i know i mcm penakut sangat tapi mmg i begitu.my mom pon tau.it is bad thing about me). Ya Allah.permudahkanlah urusanku nanti.I've been reading a lot of pregnancy stuff and started to blogwalking to all mommies blog.Thanks to all the mommies yang sangat pemurah dengan info.i owe you all!
Fetal development pregnancy in week 5

source: babygaga


Cute baby pictures courtesy from mr. google

p/s: 1. If you all know how to overcome morning sickness please let me know:)
2. Share with me how to have cute baby.hihih


Saturday, August 13, 2011

Pregnancy test..POSITIF!alhamdulillah

I've been waiting to write about this for a past few days.sangat mengujakan tetapi harus bersabar.hihihi.Firstly, its my instinct to give it a try on friday, 5th July..Before i went to school, I took my pregnancy test which i bought a few months back and test my urine on it. Mula2 saja gedik nak try sbb rasa cramp mcm nak period tu datang.dlm hati pikir emm.takkan dah nak mai kot baru bape hb. My expected period should be 9th July. Then, bila dah try tunggu la dlm 30 saat gitu tetiba keluar 1 line je..sedih gak.tunggu lagi seminit ..tengok2 ada double line.tapi faint gitu.its quite blur but i still could see double line on it..that means i pregnant?wahhhh!terus gembira.tapi pikir mcm awal sgt test and i'm using disclosure pregnancy test which only RM5.90.Could it be wrong?hm..murah punya UPT ni takkan betul kot.letak la dulu UPT tu kat toilet.Dlm hati agak ragu2. Then pi sekolah la.Balik sekolah n hubby pon dah ada kat umah dah.Die g toilet n of course la ternampak benda tu kan.. Die tanya betul ke dah?i said it is maybe, not sure because my expected period mcm lg 3-4 hari.kata nak test lagi tapi pakai yg lebih mahai punya.hahaha.So, keesokannya g watson beli UPT Dip 'n' Tell di bawah ni pulak.yang kata bleh check pregnancy before period due.



Keputusan tetap positif!my feelings sudah bercampur2x..

Esok balik taiping.gi beli UPT lain pulak.yg lebih meyakinkan lagi yang katanya 100% accuracy seperti di bwh


Can detect 5 days before expected period!!

Hasilnya, 3 UPT semua positif! No wonder i become so sleepy nowadays;p

p/s: Thanks to Allah because give me a new life. Now i can puasa 1 bulan penuh:). I already did my first doc visit. Alhamdulillah my baby is safely in my womb

Wednesday, August 10, 2011

Takoyaki dah jadi.hehe

Hello everyone. Its already 10 days we've been fasting.masa sungguh cepat.entry ni pon sepatutnya dibuat lebih awal tapi disebabkan kerja2 dan lately asyik ngantuk je jadi terbengkalai la.Lagipun ni gambar semua sumber diambil dari kamera org lain.hihi.Now its time to show our takoyaki yang dah jadi ni.

The ingredients..takoyaki flour, cabbage, carrot,meatloaf+cheese (for hubby yang x mkn sotong), seaweed, bonito flakes, mayonnaise, kicap manis and hoisin sauce (untuk marinate dan topping). Gambar yang ada sayur hijau tu x termasuk ye.

Ni la kami 3 orang cuba buat takoyaki or tako tao ni secara gamble.maklumla first trial.

Gamble2 pon jadi gak takoyaki ni!hahahaha

Nyummsss..ready to eat.i love the bonito flakes so much!

Boleh dicuba lain kali.lepas ni mesti lagi terra!

Saturday, August 6, 2011

Dugaan puasa=tako tao


Salam Ramadan..

Macam mana puasa?dah masuk hari keenam kita berpuasa.kerja jadi cikgu ni banyak dugaan gak.hari2 tgk budak bwh umur x pose and berleter menjadikan tekak kita kering ditambah keje2 bnyk yg x akan abis,.nak isi markah SAPS tu lagi.penat dek oi,.keje pulak petang2.jadi x sempat la nak masak bagai untuk berbuka.terpaksa beli ajo.ni pulak cuti weekend balik tepeng,kampung hubby.last week dah balik kelate.so kena la balik umah kg suami pulak kan.lagipun penang n tepeng x jauh pun.,bile2 boleh balik.,hihi.bawak balik gak si comel i bernama noni mok.die takut sangat ngan kucing2 kat umah umah tepeng ni sampai x mo keluar dari sangkar die,siann,,.kucing antisosial.nasib baik die manja ngan tuan die..(aku la tu).kalo x kena buang la.huhu.

Menu apa ya nak berbuka hari ni?duk umah mak mertua ni x tau lg mak mertua nak masak apa,tapi of course mesti special punya sebab die masak gile sedap!pulak i tertunggu2 cousin hubby balik jugak coz die ada bwk balik takoyaki maker!yeayyy!dapat pulak resipi takoyaki so apalagi mlm ni or esok boleh cuba la.sonokkkk!huhu.sebab i gile mkn tako tao tu.alaa..yg kat jusco tu.,tp mahai la kalo mkn selalu.3 ketul pon nk dekat 4 hengget kot.so,dah godek2 recipe from mr.google..here goes the recipe.I'm gonna try this:p

Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
  • *100g @ 2 biji telur size M
  • *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt
  • 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik. Akak guna 1 peket (RM5.90)
  • minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
  • sotong potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
  • kubis - cincang halus
  • crab stik-siat kecik
  • daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
  • sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
  • mayoni-akak masukkan dalam plastik...senang nak picit
  • fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
  • nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
  • kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
    • Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
    • Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
    • Kikis lebihan-lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
    • Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
    • Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit... sekiranya minyak dah kering.
    • Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya.
    • Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
    • Sodap di makan panas-panas
    copy paste dari sumber ini

    picture of tako yaki or tako tao that makes me drooling!
    sumber : eatz.me


    yang ni cara-cara nak buat


    wohh.mula la laparrrr..adoiii..dugaann puasa

    Sunday, July 24, 2011

    farhana's wedding

    Farhana a.k.a fana is my sister in law.Finally,she's married!!tu pon last year after my wedding mmg ada dengar die mmg nak kawen.haha...It was a joyous and sweet wedding.Mostly buat sendiri.Just look at her wedding pictures:)-.

    so comel kan?my favourite colour too

    Pengantin baru

    Pengantin lama


    the dessert table

    damn...i love all of these sweet treats...jeles tahap maksimum.brownies sedap gila dowh.recommended!anda boleh dapatkan khidmat seperti ini di klprettythings

    personalised chocolate chunks


    the atmosphere

    outdoor pictures~For more pictures click this: Myshutterbugz

    Reception in Kl




    p/s: Congrats Fana!!Jom dapat baby sebaya dengan kami,hihi.boleh la anak kite jadi BFF.Oh. I terkilan x dapat tangkap gambar bnyk2 ngan u especially time nikah.huuhu.hampes





    Saturday, July 9, 2011

    Homade Pizza

    Oh..my internet semakin jadi lembab!jadi update ntahape2..adoiiyaiii..takpalah..nih nak story pasal last nite i made pizza for our dinner.It is quick and very easy to do.Just follow simple recipe and wallaaa..u'll have your homade pizza.Besides, its healthy too.I didn't put too many cheese to cut the calories. Nowadays i need to take care of my hubby's tummy :p.Here i put the pictures too to feast your eyes.
    Here i write the recipe. Senang untuk para isteri yang malas nak masak banyak lauk.Perfecto.

    Pizza dough (for large pizza):

    • 200 ml water
    • 1 tbsp olive oil (optional)
    • 1 tsp salt
    • 2 1/2 cups flour
    • 1 3/4 tsp yeast

    I pakai sesedap rasa je sebenarnya.tapi jadik la jugak.huhu.the yeast kena mix dengan warm water and let it berbuih sampai 15 minit gitu.Then, mix it with the flour. Cover the dough dengan tuala lembap sampai jadi double size.

    The topping:

    • olive oil
    • garlic
    • onion
    • meatball
    • sausage
    • diced tomatoes
    • Prego pasta sauce
    • Italian herbs (optional)
    • Peppers
    • Mozzarella cheese (i used low fat)
    • Grated cheddar

    The choice for topping actually depends on you.If you like seafood, you can alter it.Cooking is fun!
    Bakar pizza about 20 minutes.then, ngap makan la.

    Lagi story nak cite.malam lepas makan i ajak hubby gi watson kat sunway.sbb konon nak dapat double points.tengok2 ada jualan mega 70% less kat situ. Dapat la baju berkenan di hati.jumpa baby tee tokidoki!!!hihi..best ke?sebab very cheapp okk.baby tee x smpai 10 hengget pon. yang biru tu he mahai sikit.tu pon Rm10 je,tu yang best.;p


    Oh.i love cheap stuff but ada BRAND.yeeeahh!