rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 22, 2011

Tips cepat hamil

adoi...still teringat2 kat arwah noni sayang.Ya Allah.My father said after i deliver my baby next year he will find a new cat for me.adoiii papa.mana nak sama ngan noni.tapi takpalah.ini dugaan bagi orang mengandung.Kesian kat baby x dpt jumpa arwah noni,..emm..thanks for all my friends yg sudi bagi kata semangat.N i love the words from my mother in law in Fb.."so sorry to know about this. mak baru tahu ptg tadi. ada hikmahnya. you have been very good to her, taking care of her just like a baby. Insyallah, Allah will replace a better one for you ~ a baby of ur own. "

Hopefully, when time flies i will become better. Ni pun dah semakin ok.badan pon dah naik.perut dah buncit sket.mmg kalo dah 10 minggu perut mcm buncit sket ek?terasa keketatan baju kurung modenku.

Today nak cerita sket pasal mcm mana i n husband berusaha utk dapat baby.nak bg sikit tips kepada kawan2 yang still berusaha,takpa.usaha tangga kejayaan. (faten..sila baca ni).We were married last year on 11 June 2010. I got pregnant on July 2011. So dalam setahun jugak la kan nak berjaya.Tapi nak ikutkan sebenarnya i baru berusaha tahun ni.sbb last year still duk berjauhan lagi.I duk kat klang yg hubby plak Penang,.Tahun ni kira kami ready and stable to become a good parent.

Kepada orang yang masih belum pregnant walaupun dah berusaha bagai tapi x dpt anak lagi jangan cepat putus asa,harapan masih ada!Rezeki Allah yang bagi.Kalo ada orang cakap buruk2 n kata mcm2 contohnya mandul la, sbb bela kucing la n etc korang jgn sesekali amik peduli. Bukan diorg yang bagi anak kat kamu. Hanya Allah tempat kita memohon zuriat. Macam i bela kucing pon dapat jugak pregnant.sbb i'm confident that rezeki tuhan bagi.n kucing pula doakan rezeki utk kita.(this is my opinion n based from my true experience..kalo nak bantah tlg diam je la ye..:)

Antara usaha2 yang i buat utk persediaan mengandung terutama dari segi pemakanan:
  • tak minum air bergas (semua jenis termasuk soda)
  • tak makan McD, KFC, Pizza Hut, n semua jenis fast food.tapi kalo termakan sesekali x apa
  • tak makan junk food
  • banyak makan sayur hijau n buah2..(minta husband pon makan selalu)
  • tak makan asam boi/jeruk/asam2 dan sewaktu dengannya..(duk png ni syurga jeruk2 tapi i kena tahan godaan)
  • Makan folic acid (i makan sebulan je terus pregnant)
  • tak makan jambu batu (x tau kenapa x boleh tapi i tetap cuba tips tu..sebelum ni gila jambu batu..kalo singgah R&R mesti nk buy..pastu stop..skang je mkn blk sbb dh pregnant:))
  • minum susu (tapi kadang2 je minum..huhu)
  • Cuba petua minum air rendaman kacang hijau :

    1. Ambil segenggam kacang hijau.
    2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
    3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
    4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
    5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
    6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
    7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

    (i amalkan seminggu je..pastu mmg mujarab lah..rasanya sbb kacang hijau yang baru tumbuh anak taugeh tu ada hormon progesteron)


  • Banyak makan taugeh jugak ( i makan raw..wat ulam)
Bagi amalan doa untuk cepat mengandung pula:

  • Baca Asmaul Husna (baca yg hadiah/sourvenir masa i kawen dulu). Amalkan baca Al- Musowwir (Maha menciptakan). Untuk suami baca juga Ya Awwal ( maha memulakan) dan Ya Muta'ali (Maha suci /terpelihara)
  • Baca Al-Quran
  • Berdoa setiap kali lepas solat minta kurniakan anak.Allah pasti mendengar.
p/s: Ada lagi tips lain tp under 18 sx la.takpa.tanya la org yang lebih berpengalaman dlm hal ni.Jangan lupa kuatkan lah semangat jgn putus asa n try la tips2 sy bg ni.Kalo x dpt juga sebenarnya Allah nak uji kita.Jadi bersabarla.USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Tuesday, September 20, 2011

Maternity toothpaste

I knew about this maternity toothpaste after i saw the advertisement in Pa & Ma. Tak penah tau plak yg fluoride x bagus utk ibu mengandung.jadi hari ahad haritu pi buy kat jusco bahagian farmasi tu.

why pregnant women must avoid using fluoride toothpaste?
i found useful blog yang story pasal pureen maternity toothpaste ni..i copy paste dari ini : viaemma

Kenapa tidak kepada fluorida?

Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

Kenapa tidak kepada lauril sulfat?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

Kenapa tidak kepada Sakarin?

Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.Ubat gigi ini juga mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.


Apa kelebihan Kalsium dan fosfat?


Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.


Apa kelebihan Xylitol?


Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.


Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-


  1. Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
  2. Merangsang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.
Apa kelebihan Sodium Lauroyl Sarcosinate?

Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.


Thursday, September 15, 2011

Sepi tanpa Noni (hanya orang yang sayang kucing memahami perasaan ini)

Dah 4 hari Noni dah meninggalkan diriku.Mmg sepi, sunyi.Kalo masa sekarang ni dia ada dah tentu dia akan menemaniku surf internet macam ni..Mana2 bahagian rumah ni mesti teringat kat Noni. especially lepas sembahyang.sebab Noni akan hari2 teman kita sembahyang.dia akan tengok kita berdoa. Mesti noni berdoa untuk tuannya juga kan.. Lepas pray mesti aku akan usap kepalanya tanda terima kasih kerana tolong berdoa.

Sebelum pregnant ada beberapa orang cakap kalau bela kucing susah dapat anak.I was like oh..ok.But.i never believe that. sebab kucing murahkan rezeki kita. Soal anak itu adalah ketentuan tuhan.takda kaitan dengan kucing. Kalo kucing pembawa penyakit takkan pula kucing menjadi haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi aku tetap memegang kucingku seperti biasa n membelainya. X sanggup nak buang kucing.Noni dah jadi peneman sejak tahun ini.Mmg terasa kesepian takdanya.walaupun dia kurang mengiau tapi setiap perbuatannya mmg sangat terkesan kat hati ini. Bila disahkan pregnant, noni seperti tahu akan ada orang baru dalam hidup kami. Jadi sebelum ini kebiasaannya potty dia aku uruskan. Apabila pregnant dia sudah pandai membuang di luar, seperti mengerti dia tak mau menyusahkan tuannya.

Kebiasaannya noni mmg kami lepaskan sbb dia suka keluar untuk jalan2. Tapi baru2 ni di dpn rumah tetiba ada anjing yg baru kena buang suka kejar noni. Sampai sekarang even noni takda anjing tu mesti nak datang dpn rumah, geram sgt sbb dialah penyebab noni takda..

Kejadian pada hari selasa, 1.00 pagi lebih kurang. Mmg x boleh dilupakan.. bunyi kereta yg kuat tiba2 mmg selalu jadi kerisauan. Jadi pergi intai di tingkap. mmg sah nmpak ada kereta wira tiba2 pusing balik bwk laju sgt. Terus aku bukak pintu n nampak noni tercungap2 n nmpk sgt sakit. Aku tgk di seberang jln nmpak kucing belang yg suka kejarnya juga.tapi n then nmpak anjing itu!!!mmg sah dia kena kejar ngan anjing tu n mesti masa noni tgh larikan diri kena langgar ngan kereta. kereta tu cina bawak.mungkin dia takut sbb langgar kucing then terus pusing balik. terus panggil my hubby n ayah. Mata dah mula berair tgk noni mcm sakit sgt."noni..kenapa mcm ni..."noni pandang ngan mata sdg tahan sakit..takda darah setitik pon .mesti noni injured bahagian dlm. nmpak basah sekeliling dia sbb dia terkencing.Aku dah meraung dah x boleh tahan tgk dia sakit mcm tu.ayah mintak hubby bwk aku ke bilik jgn bg tgk noni tgh nazak.Lagipon masa ni tgh mengandung. kat bilik hubby cuba tenangkan aku.n then dia turun teman noni pulak smpai la dia menghembuskan nafas terakhir. aku pergi juga turun x tahan nak tgk jugak noni kali terakhir. aku menangis lagi smbil pegang noni.macam x percaya dia dh mati. sejuk badannya. sedihh sgt.

Noni ditanam di kwsn rumah kami.takut kalo tanam kat luar for sure anjing akan korek. jadi setiap hari smpai skang mesti aku akan tgk kubur noni.masih merah lg.hati mmg sebak.Esok pagi mama call. kami sama2 menangis noni dah takda dlm hidup kami.tak ada kucing yang very special mcm noni. mungkin Allah nak menguji hambanya sejauh mana aku akan mengingatinya. Mmg aku perlukan masa. Kesedihan terlampau ini akan cuba atasi. Tapi mana mungkin aku akan lupakan noni, kucing yang setia menemaniku.Sepi sekarang rumah ini..

Noni masa kecik2

Noni suka tido mcm ni

Masa bulan puasa dia suka geselkan muka kat kaki.nak perhatian

Noni letakkan kepalanya di peha kita untuk tunjuk how much she loves me...sekarang dah tak ada..Allah lebih menyayanginya

p/s: tengah menaip ni air mata tetap keluar..Ya Allahh..kuatkanlah hatiku


Tuesday, September 13, 2011

Sepi tanpamu

tajuk entry ini ada kisahnya.tapi i x mampu nak tulis hari ini..kesedihan yang terlampau sampai x ada mood segalanya.hopefully baby dalam perut sihat sebab mama bnyk sgt nangis dah...minta maaf baby.mama x boleh tahan