rinarizqi shawl

Like our RinaRizqi shawl on Facebook

My wedding ticker

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 30, 2013

Genap 1 tahun 8 bulan

Alhamdulillah.Rizqi Aqil dah 1 tahun 8 bulan semalam.Dah pandai macam2.Selalu tergelak kalo tengok apa kepandaian dia yang terbaru.Macam semalam dah pandai pulak nak mencangkung bila kita nk cuci kalo dia poop2.haha. Ok.nak list sket apa yg dia dah dapat sepanjang ni.Just for my reference kalo tetiba rasa nak ingat balik apa ye cik iqi pandai.
1. Dah boleh sebut hujan kalo nampak hujan.
2. Boleh sebut mommy dengan jelas.Sebelum ni asyik panggil abah je.hihi
3. Boleh panggil atuk, nenek n bye pah (bila bye2 pengasuhnya)
4. Reti nak turun naik tangga.Kalo biar dah lama terlepas naik sendiri.(risau)
5. Bila dah nak sampai rumah, dia sebut 'sampai dahhhh'
6. Boleh nyanyi alif ba ta, twinkle2 dengan pelat dia.
7.Dah tau numbers .boleh sambung nombor yang kita sebut contoh number 1, 2.3,4.dia akan sambung5,6,7..and so on.
8. Belajar phonics.Boleh sebut beberapa phonics letters.(masih gigih ajar sebab rizqi dia mesti tukar2 cara belajar nanti cepat bosan nak gi main je.Don't know maybe because he is a boy, if girl could be more focus i think.huhu..perbezaan yang kita tahu antara boy and girl.tapi what do you expect from 1 year old ++ boy?belajar tu kira bagus dah tu.melentur buluh biar dari rebungnya).
9. Dah paham arahan, minta simpan atau ambil barang dia dah boleh buat.dulu keje dia nak sepah je.haha.skang dah pandai.good boy.siap nak lipat kain.
10. Nampak minat ke arah memasak.Maybe masa pregnant dulu penangan suka memasak tu anak pon suka main ngan sudip/bekas sambil buat aksi memasak.Takpa.mommy sokong minat rizqi sebab besar nanti boleh masak untuk mommy.
11. Gigi dah banyak.atas bawah geraham pon dah ada.,Sakit kalo dia tergigit masa nak terlena.ngilu sangattt...bertahan demi kejar cukup fully bf  sampai 2 tahun.
12. Boleh paham sebut beberapa huruf hijaiyah kalo dia pegang kad tu.paling dia tahu huruf ba sebab dia boleh tunjuk sendiri kat frame surah seribu dinar.So proud of him.
13. Pandai sebut bukak kalo nak bukak bib dia, pintu atau apa yang berkaitan nak bukak.haha.
14. Pandai sebut i love uuu.tapi suka main2.suka main sebut lololoololoolo .hihi

Phew..ada banyakkk lagi perkembangan.I believe every child is genius.We as parents should explore what our child be able to do. nanti lah tulis balik.Selalu doa rizqi jadi anak yang bijak, pandai dan beramal soleh.aminnnn.
 Iqi paling suka cats.Macam mommy dia.ni pic seminggu sebelum genap 1 thn 8 bln.

Genap 1 tahun 8 bulan







Thursday, November 28, 2013

Doa untuk anak agar lembut hati, pintar dan soleh

Assaamualaikum, 

Tengahari ni menulis sambil menunggu Rizqi Aqil tido. Bila tengok muka dia tido rasa aman sangat.Tetiba rasa cepatnya masa berlalu. Esok rizqi dah genap 1 tahun 8 bulan.Masih lagi fully bf.masih lagi manja sgt.Besar nanti jadi anak yang baik ye rizqi.Doa selalu yang terbaik.Semua mommies mesti doa macam tu kan. Sape x mau anak yg baik?Ni ada doa yang boleh kita amal untuk anak kita.Dah lama simpan tapi baru nak update. Nak simpan dalam blog pula jadi panduan.

1. Baca Al-Fatihah (1x)

2. Baca Ayat Kursi (1x)

3. Baca surah Al-Insyirah (1x)

4. Baca surah Toha (ayat 1-5) (1x)


Kemudian, hembus pada ubun anak dan berniat agar anak menjadi soleh, cemerlang, bijak, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

sumber: google



ada lagi doa pendek jumpa di google.credit kepada blog tersebut. link

Lagi satu , masa anak dalam keadaan anatara sedar atau tidak,ibu digalakkan baca doa dan beri nasihat sambil mengusap kepala mereka. Sama-samalah kita berdoa agar anak kita membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh/solehah.




Tuesday, November 26, 2013

Popsicles for baby/toddler

Yeay!Its school holiday!
Dah malas pikir pasal sppbs yg tah pape.mari kita bergumbira dgn mengisi masa lapang menjaga keluarga.hihi.Baru nak update blog.sorry blog, i've been busy taking care of my 18 months son and schedule is still tight with other work...house chores!phewww..ni pon sebab rizqi tgh tido jadi senang ket nak update,kalo tak dia pon sebok nak tengok laptop.,hihi.anyway.just nak sharing2.sekarang ni tengok ramai suka buat ice cream popsicles untuk anak kan.i pon x ketinggalan!dah lama sangat nak buatnya tapi acuan tu baru beli lepas tergoda tengok kawan buat utk anak.pastu tgk banyak blog mommies buat.,jadi i pon pergi la gagah diri cari acuan ice cream tu kat daiso.Best sangat kan daiso tu macam2 barang.

 tu diaaa...rasa nak beli semua.huhu



Popsicles for Rizqi!buat 2 flavour. satu buh strawberry+grapes lagi satu yoghurt+strawberry+grapes.Nak bagi manis letak madu dan kismis.tapi i lupa letak plk madu masa tu.nasib baik rizqi layan je.dia memang semua layan.hihi.senang dapat anak tak cerewet.tengok tu makan sambil mencangkung.rizqi tengah mild fever ni tapi bila dapat makan popsicles ni dia jadi macam video kat bawah.

video

emmmm nyum nyum nyum hahha



Pic atas tu flavour lain.yellow kiwi+grape+honey.seronok tengok rizqi makan dengan gembiranya. Apa pun air tangan ibu memang terbaik untuk anak.lebih baik kita buat sendiri makanan anak jadi kita tau apa yang anak kita makan tu healthy ke tak:).Tapi kalo tak leh gak tak apolah..Nanti nak share jugak makanan homemade for baby lagi.Cuti sekolah ni mmg best nak bagi anak makan sedap2.hihi.